×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Aduan Buruh

Pengurusan Aduan Buruh oleh Jabatan Tenaga Kerja

Aduan merupakan manifestasi wujudnya suatu masalah yang memerlukan perhatian segera. Daripada aduan yang diterima Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia boleh mengenalpasti dengan segera dan jelas tentang masalah di tempat pekerjaan dan dengan itu Jabatan berupaya mengambil langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah itu dengan cepat.

JTK menerima aduan daripada pelbagai sumber iaitu :

  1. Pengadu sendiri
  2. Biro Pengaduan Awam
  3. Pejabat Menteri/Timbalan Menteri Sumber Manusia
  4. Pejabat Perdana Menteri
  5. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
  6. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
  7. Kedutaan
  8. Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  9. Agensi-agensi lain

Maklumat lanjut Aduan Buruh