×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Gangguan Seksual di Tempat Kerja

Gangguan seksual merupakan pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:

  1. Gangguan secara lisan
  2. Gangguan secara isyarat / bukan lisan
  3. Gangguan visual
  4. Gangguan psikologi
  5. Gangguan fizikal

Jabatan ini bertanggungjawab untuk mengendalikan kes aduan gangguan seksual di tempat kerja. Aduan boleh dibuat sama ada melalui telefon, datang sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat atau menghantar surat ke Pejabat Tenaga Kerja. Pihak pengadu perlu memberi maklumat asas seperti berikut:

  • Nama dan alamat pihak yang diadu
  • Isu-isu yang diadu hendaklah diperincikan
  • Nama dan alamat pengadu

Maklumat lanjut Gangguan Seksual