×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Peluang Bagi Pesara Kerajaan / Penerima Pencen Untuk Dapatkan Bantuan Kebajikan

Pesara / penerima pencen yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak dipertimbangkan bantuan kewangan daripada pihak JKM. Antaranya  yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM720.00 sebulan layak untuk dipertimbangkan bantuan tersebut. Pemohon-pemohon boleh menghubungi pegawai JKM daerah atau yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (seperti di Lampiran) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kriteria permohonan bantuan tersebut. Semua pertimbangan dan urusan kelulusan adalah di bawah tanggungjawab JKM. Bagi mendapatkan penyata pencen bagi tujuan pembuktian (sekiranya diminta) pesara / penerima pencen boleh mencetak penyata pencen daripada Aplikasi Penyata Bayaran Pencen.

Maklumat lanjut Bantuan Kewangan kepada Pesara