×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Maklumat Untuk Bakal Pesara

  • Memberi Kerjasama Melengkapkan Borang dan Dokumen 
    Bakal pesara atau orang tanggungan (bagi kes kematian dalam perkhidmatan) adalah bertanggungjawab memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan dalam melengkapkan segala butiran di dalam borang 
    serta mengemukakan dokumen persaraan yang diperlukan.

  • Menyemak dan Mengesahkan Maklumat 
    Bakal pesara bertanggungjawab untuk menyemak dan mengesahkan bahawa semua maklumat yang dikemukakan ke JPA adalah betul, tepat, terkini dan lengkap.

  • Mengemukakan Permohonan Pencen Hilang upaya atau Pencen Tanggungan 
    Bakal pesara adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan surat permohonan pencen hilang upaya melalui Ketua Jabatan sekiranya ada kaitan dengan persaraannya, manakala bagi pencen tanggungan pula orang tanggungan adalah dikehendaki mengemukakan surat permohonan melalui Ketua Jabatan gemulah untuk pertimbangan pembayaran pencen tanggungan oleh JPA sekiranya memenuhi syarat di bawah undang-undang 
    pencen.

Maklumat lanjut untuk Bakal Pesara