×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Soalan Lazim Cukai (Individu)

Berkenaan Borang

Borang BE

Borang ini perlu diisi oleh individu berikut:

  1. Individu yang bermastautin di Malaysia.

  2. Tidak menjalankan apa-apa perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.

Jika anda ada menjalankan perniagaan tetapi menerima Borang BE, sila tukar borang tersebut kepada Borang B di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran.

Borang B

Borang ini perlu diisi oleh individu berikut:

  1. Individu yang bermastautin di Malaysia.

  2. Menjalankan perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.

Jika anda tidak menjalankan perniagaan tetapi menerima Borang B, anda boleh samada:

  1. Menggunakan borang tersebut untuk membuat pengisytiharan pendapatan yang diterima. Sila isikan ruangan yang berkenaan sahaja. Ruangan yang tidak berkenaan tidak perlu diisi, atau

  2. Membuat penukaran kepada Borang BE di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran.

Seterusnya ...