×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)

Jenis- Jenis Bantuan Yang Ditawarkan

  1. GERAN PENTADBIRAN
Bantuan bagi menampung kos pentadbiran PSKKebangsaan dan Negeriseperti sewaan premis, utiliti dan saguhati sukarelawan (bahagian pentadbiran).

 

  1. GERAN RANGSUM
Bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi menampung sebahagian kos perbelanjaanmakan dan minumpenghuni.

 

  1. GERAN PEMBAIKAN
Bantuan yang diberikan kepada PSK untuk membaik pulih premis yang menjejaskan perjalanan pentadbiran dan aktiviti PSK yang menjalankan Pusat Jagaan Harian dan Berkediaman.

 

  1. ELAUN KHAS MURID OKU
Bantuan bulanan yang diberikan kepada  OKU yang mengikuti program pemulihan di Sekolah Pendidikan Khas kelolaan PSK dengan syarat-syarat berikut:
    • OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
    • Mengikuti program pemulihan di Sekolah Pendidikan Khas kendalian PSK yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran dari  Jabatan Pelajaran Malaysia;
    • Mengikuti program pemulihan OKU sekurang-kurangnya 3 jam sehari dan 3 kali seminggu;
    • OKU berumur tidak lebih dari 19 tahun; dan
    • OKU yang hadir program akademik, ADL, terapi, intervensi awal, vokasional, pemulihan anggota, carakerja dan latihan transisi.

Maklumat lanjut Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)