×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Keluarga & Masyarakat

Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan Ibu Tunggal

Penentuan bantuan kewangan adalah berdasarkan kepada hasil siasatan yang dilakukan dan pertimbangan oleh Pegawai Pelulus.

Antara skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan kepada golongan Ibu Tunggal yang layak dipertimbangkan bantuan adalah seperti berikut:

JENIS BANTUAN
Bantuan Kanak-Kanak
(BKK)
KADAR BANTUAN
Min:- RM100 sebulan seorang. 
Maks:- RM450 sebulan sekeluarga melebihi 4 orang kanak-kanak.
TUJUAN
  • Membantu kanak-kanak miskin dan berkeperluan supaya dapat terus tinggal bersama keluarga mereka untuk menikmati kasih sayang, perhatian, dan penjagaan sewajarnya.
  • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat supaya dapat berdikari dan terus menjaga anak-anak mereka dengan sempurna.
 SYARAT KELAYAKAN KHUSUS
  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak (kanak-kanak)
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
  • Kanak-kanak berumur persekolahan, perlu meneruskan persekolahan
  • Kanak-kanak yatim/yatim piatu dan
  • Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa / penjaga yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, cacat, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan.
TEMPOH PENERIMAAN
12 bulan

 

Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (Skim Bantuan Kewangan bagi Golongan Ibu Tunggal)