×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Keluarga & Masyarakat

Soalan Lazim Mengenai isu-isu Berkaitan Syariah

Bila surat cerai akan dikeluarkan?

Pengeluaran surat cerai adalah dalam bidangkuasa Pejabat Agama Islam Daerah. Mahkamah tidak mengeluarkan surat cerai.         

 

Bila surat penghakiman atau perintah dikeluarkan setelah kes selesai?

Surat penghakiman atau perintah akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu selepas kes selesai dengan permohonan. Perintah Mahkamah akan dikeluarkan apabila permohonan mengeluarkan perintah dibuat beserta bayaran yang ditetapkan. Adalah dinasihatkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam sesuatu perintah Mahkamah memohon perintah dikeluarkan segera (selepas kes selesai). Penghakiman atau Perintah bertulis Mahkamah amat penting bagi permohonan penguatkuasaan perintah.

 

Apakah makna Perceraian (Talaq)?

Talaq ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya berdasarkan Al-Quran, as-Sunnah dan ijma’ ulama’. Perceraian boleh dilakukan dengan lafaz soreh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran), begitu juga perceraian boleh dilakukan dengan talaq raj’ie atau talaq ba’in.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz?

Nusyuz ertinya isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak iaitu antara lain:

  • apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
  • apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;
  • apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,

tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

Soalan-soalan Lazim Mengenai Isu-isu berkaitan Syariah