×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pelan Pendidikan Anak

Pelan pendidikan anak ialah produk insurans hayat yang direka khusus sebagai satu cara menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak anda mencapai umur untuk memasuki kolej (18 tahun dan ke atas). Dana ini boleh digunakan bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Dengan pelan ini, anak mendapat perlindungan insurans dan ibu bapa atau penjaga merupakan pemegang polisi.


Sekiranya anda memilih rider manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggal dunia, anak anda akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya.

 

Maklumat lanjut Pelan Pendidikan Anak.