×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Keluarga & Masyarakat

Memahami Konsep Perkahwinan dan Keluarga Islam

Perkahwinan merupakan instrumen prelimenari / primer kepada pembinaan keluarga sebagai unit asas dan tunjang sesebuah masyarakat. Perkahwinan juga dianggap sebagai langkah permulaan kepada pembentukan keluarga. Secara tradisinya setiap pasangan individu yang ingin memulakan dan membina sebuah keluarga bersama perlu melalui peringkat perkahwinan.

Sebenarnya definisi perkahwinan yang akan dikemukakan adalah hampir sama secara teorinya. Cuma praktikalnya berbeza mengikut budaya, adat, pegangan, di mana dan bila konsep tersebut dipersepsikan oleh pelbagai bangsa di seluruh dunia. Misalnya antropologi Barat mendefinisikan mengikut teori dan hasil kajian dari proses sosialisasi Barat, manakala antropologi Timur khasnya Islam mendefinisikan konsep tersebut mengikut undang-undang Islam yang bersumberkan kitab al-Quran dan al-Hadith dari segi primernya. Ia diwarnai pula dengan adat budaya oleh masyarakat yang diwarisi sejak turun temurun. Namun kedatangan Islam telah mengubah sebahagian dari adat yang bertentangan dengan nilai Islam secara efektif dan komprehensif.

Maklumat lanjut Memahami Konsep Perkahwinan dan Keluarga Islam.