×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pendaftaran Kelahiran

PENDAFTARAN BIASA
 
Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
 
[Seksyen 8, Akta 299]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.