×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Keluarga & Masyarakat

Soalan Lazim 1Malaysia Family First (1MFF)

Apakah Gerakan 1Malaysia Family First (1MFF)

Gerakan 1Malaysia Family First merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. Gerakan ini akan menggembleng sumber-sumber daripada semua agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan kekeluargaan.
 
Gerakan 1MFF  merupakan  agenda  negara  untuk meningkatkan komitmen  dan mengajak semua lapisan masyarakat supaya kembali memberi keutamaan terhadap institusi keluarga dalam segala usaha, perancangan dan tindakan. Elemen 1Malaysia  Utamakan Keluarga (1MFF) diharap akan mencetuskan ikatan kasih sayang yang berpanjangan dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat.

 

Soalan-soalan Lazim 1Malaysia Family First (1MFF)