×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Skim Bantuan Tuisyen

SBT adalah bertujuan untuk memberi peluang bimbingan tambahan atau tuisyen secara berstruktur dan terancang kepada murid miskin Tahun 4, 5 dan 6 yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan. Tuisyen yang dilaksanakan di bawah skim ini adalah merupakan usaha tambahan dalam memulihkan kelemahan murid di samping usaha yang dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam kelas.

Sumber Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Bantuan Tuisyen)