×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan (GCIO)

Pengenalan
Pewujudan Government Chief Information Officer (GCIO) dan Pejabat GCIO di MAMPU merupakan komitmen Kerajaan dalam memastikan  semua  aktiviti  pembangunan  ICT  di Sektor Awam dapat diselaraskan dan disepadukan. Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan atau Government Chief Information Officer (GCIO) dan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di peringkat agensi berperanan sebagai peneraju dalam merancang, melaksana dan memantau program Kerajaan berasaskan ICT yang dapat memudahkan lagi pelanggan berurusan dengan agensi Kerajaan. CIO juga merupakan agen transformasi menerusi inovasi, kreativiti dan inisiatif pembaharuan yang berterusan di peringkat kementerian/agensi. Pelantikan secara rasmi GCIO dilakukan oleh KSN. Pejabat GCIO ditempatkan di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Latar belakang
Dalam  usaha  untuk  meningkatkan  tahap  keberkesanan  sistem penyampaian  perkhidmatan  terutamanya  yang  berasaskan  ICT, Kerajaan   perlu   mempunyai Strategic ICT Architect untuk menyediakan rangka kerja bagi merancang keseluruhan inisiatif ICT sama ada di peringkat kementerian atau agensi. Usaha ini adalah penting supaya inisiatif di keseluruhan agensi Sektor Awam adalah sejajar dengan hala tuju Kerajaan. Oleh itu, peranan Ketua Pegawai Maklumat atau Chief Information Officer (CIO) dalam membantu pencapaian visi dan misi organisasi adalah amat penting.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil 1 Tahun 2009 yang diadakan pada 18 Mac 2009, menetapkan bahawa "MAMPU bertindak sebagai Pejabat CIO Sektor Awam dan menyediakan  bidang  rujukan  CIO  Sektor  Awam". Buku panduan Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan juga telah dikeluarkan untuk dijadikan panduan kepada CIO Sektor Awam dan ianya menjelaskan peranan seorang CIO, tadbir urus CIO serta informasi ringkas mengenai dasar-dasar ICT Kerajaan, pengurusan maklumat dan perundangan berkaitan ICT di Sektor Awam. Disamping itu, direktori CIO disediakan bagi membolehkan CIO Sektor Awam bertukar-tukar pandangan dan maklumat di antara satu sama lain.

Direktori CIO untuk Kementerian/Negeri/Agensi

Peranan GCIO
a)  Peneraju Perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Sektor Awam dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional
     •  Memacu Perancangan Strategik ICT Sektor Awam; dan
     •  Mengukuh tadbir urus ICT Sektor Awam.
b)  Peneraju dalam Pengukuhan Dasar, Standard dan Amalan Terbaik Global
     •  Memacu pemakaian (adoptionEnterprise Architecture (EA) dalam Sektor Awam;   
     •  Memacu kesesuaian peraturan/dasar/standard/amalan terbaik dalam pelaksanaan Kerajaan Elektronik; dan   
     •  Memacu pelaksanaan perkhidmatan gunasama ICT (ICT shared services) dalam Sektor Awam.
c)  Peneraju Penggalakan Pembudayaan ICT (ICT Acculturation) dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam.
     •  Memacu hala tuju penjajaran program ICT Sektor Awam.
d)  Peneraju Inovasi melalui Aplikasi Kerajaan Elektronik, Infrastruktur dan Keselamatan ICT
     •  Mengenal pasti perkhidmatan generasi baru (new generation services); dan
     •  Memacu perkongsian maklumat ke arah perkhidmatan merentasi agensi.

Rantaian Kehadapan
MAMPU akan terus memainkan peranan sebagai peneraju pemodenan dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Membantu anda untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung GCIO http://aplikasi.mampu.gov.my/mycio