×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Enterprise Architecture (EA) Sektor Awam (1GOVEA)

Bagi menyokong pelaksanaan PSICTSA, Kerajaan telah membangunkan Enterprise Architecture (EA) Sektor Awam. Pelaksanaan EA dapat merealisasikan strategi organisasi merentasi domain bisnes, data, aplikasi dan teknologi (BDAT) untuk mendapat faedah konvergen dan penjajaran strategi bisnes dan ICT serta pengukuhan kolaboratif merentas agensi melalui perkongsian maklumat, perkhidmatan, data dan infrastruktur. EA Sektor Awam dilaksanakan dengan mengadaptasikan pelan induk 1GovEA yang telah dibangunkan pada tahun 2015.

EA berperanan sebagai pelantar strategik dalam konteks evolusi dan transformasi e-Kerajaan kepada Kerajaan Digital bagi memenuhi keperluan perubahan persekitaran perkhidmatan digital kepada rakyat. Perubahan ini mencakupi perubahan terhadap visi, misi, objektif, strategi, proses bisnes serta penjawat awam dan hubungkaitnya dengan perubahan data dan maklumat kerajaan, aplikasi dan teknologi. Pembudayaan dan amalan EA di Sektor Awam akan dapat menilai kekuatan dan batasan bisnes, perkhidmatan dan teknologi sedia ada dapat menyokong kecekapan, produktiviti dan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi tujuan mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Transformasi kepada Kerajaan Digital menerusi 1GovEA dijangka dapat memberi manfaat dalam strategi bisnes dan teknologi. Transformasi Kerajaan Digital melibatkan pertukaran maklumat digital merentas agensi di mana saling kendali (interoperability) amat penting. Keupayaan EA dalam menguruskan saling kendalian antara sistem maklumat dalam menyelaraskan perkhidmatan merentasi agensi di pelbagai sektor semasa membangunkan perkhidmatan digital berteraskan life-events memberi nilai tambah kepada agensi.

Rangka Kerja 1GovEA adalah seperti di bawah:

Projek EA Sektor Awam Fasa 1 telah bermula pada November 2015 dan dijangka siap pada Mei 2017 memberi tumpuan kepada pembangunan EA secara rintis di MAMPU dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pembangunan keupayaan EA dan pelaksanaan program pengurusan perubahan seperti di rajah di bawah.

Sepanjang tahun 2016, pembangunan EA MAMPU dan KPKT merangkumi lanskap arkitektur di peringkat strategik yang dijangka menyumbang kepada pemahaman terhadap nilaitambah dalam aktiviti bisnes; pemahaman fungsi dan sistem kerja melibatkan teknologi dalam menyokong aktiviti bisnes; dan penggunaan semula komponen teknologi dan proses kerja bisnes dalam semua perkhidmatan kerajaan. Platform EA telah dibangunkan bagi menyokong pembangunan EA yang merangkumi sistem, repositori dan portal 1GovEA serta Model Rujukan EA bagi domain BDAT.