×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2016-2020

Apakah Pelan Strategik ICT Sektor Awam?

Pelan  Strategik  ICT  Sektor  Awam  (PSICTSA)  adalah pelan yang menggariskan  hala tuju  strategik pelaksanaan ICT Sektor Awam dalam tempoh lima tahun. PSICTSA ini memberi penekanan kepada pengukuhan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan  bagi  mendaya  upaya  sistem  penyampaian  yang  berimpak tinggi. Pelan ini juga memperkenalkan Visi ICT baharu seiring dengan agenda transformasi  Kerajaan  ke  arah  negara  maju  menjelang  tahun  2020. Pelan ini  turut  menggariskan  strategi  dan  program  sebagai  panduan  kepada Kementerian/ agensi  dalam  perancangan  serta  pelaksanaan  inisiatif ICT  di  agensi masing-masing

Mengapa Pelan Strategik ICT Sektor Awam dibangunkan?

Pelan Strategik ICT Sektor Awam (PSICTSA) 2016 – 2020 telah dibangunkan untuk menyokong kejayaan pelaksanaan Program Transformasi Nasional serta mempertingkatkan sistem penyampaian agensi Sektor Awam. Dengan tema "Merakyatkan Perkhidmatan Digital", ianya disejajarkan dengan hasrat Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) dan aspirasi Gagasan Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan paling tinggi dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memberi tumpuan kepada penghasilan outcome yang efektif.

Objektif

Objektif PSICTSA  dibangunkan adalah seperti berikut:
i.    Menyokong matlamat Kerajaan dalam mencapai Wawasan 2020;
ii.   Menjajarkan penggunaan teknologi dengan hala tuju bisnes Sektor Awam;
iii.  Menjajarkan strategi pelaksanaan ICT agensi dengan agenda ICT Sektor Awam; dan
iv.  Menjana pulangan nilai bisnes menerusi eksploitasi teknologi dan pelaksanaan ICT yang terancang di Sektor Awam.

 

Rangka Kerja ICT Sektor Awam adalah seperti di rajah dibawah:

 

Apakah Impak Yang diperolehi Melalui Pelan Ini?

PSICTSA dapat meningkatkan tahap kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat yang dapat dilihat melalui peningkatan dalam kedudukan indeks penarafan global seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Rantaian Kehadapan

Malaysia akan menuju ke arah Kerajaan Digital yang menggabungkan bisnes dan teknologi untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan bertumpukan rakyat dengan menghapuskan kerenah birokrasi, memperluas liputan perkhidmatan dan meningkatkan akauntabiliti. Sehubungan dengan itu, kerjasama antara kementerian dan agensi adalah perlu untuk merealisasikan impian sebagai Kerajaan Digital.

Pautan Kepada Halaman Yang Spesifik