×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (1Gov*Net)

Apakah 1Gov*Net?
 
1Gov*Net adalah Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (Government Integrated Telecommunication Network) yang menyediakan infrastruktur rangkaian untuk Kementerian, Jabatan atau Agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan di bawah saraan Kementerian
 
Apakah Matlamat 1Gov*Net?
 
1Gov*Net adalah satu inisiatif yang disediakan untuk menyokong sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan, dengan menawarkan beberapa perkhidmatan untuk membolehkan capaian kepada aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik, aplikasi dalaman agensi/Intranet dan capaian ke Internet.
 
 
Apakah Perkhidmatan yang Ditawarkan Menerusi 1Gov*Net?
 
Skop perkhidmatan 1Gov*Net adalah seperti berikut;
 
Perkhidmatan Rangkaian Kawasan Luas
 
1) Perkhidmatan Utama yang merangkumi Secured Wide Area Network Services menggunakan teknologi berikut:
    a) Internet Protocol Virtual Private Network (IPVPN);
    b) Very Small Aperture Terminal (VSAT);
    c) Asymmetrical Digital Subscriber Line (ADSL); dan
    d) Mobile.
 
2) Perkhidmatan Pilihan yang merangkumi Integration, Consolidation, Bandwidth Optimization, Relocation, Firewall, Local Area Network Services, Content Filtering, Remote Access, Intrusion Prevention System, High Service Level Guarantee, Technical and Consultancy, Dedicated Internet Access, International Connectivity, Class of Services, Bandwidth on Demand dan Point to Point.
 
Perkhidmatan Rangkaian Kampus Putrajaya (PCN)
 
Perkhidmatan Rangkaian Kampus Putrajaya ialah menyedia, mengoperasi, mengurus, melaksana dan memantau operasi harian rangkaian secara 24x7 kepada agensi-agensi Kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya seperti berikut:
1) Perkhidmatan capaian Internet PCN;
2) Perkhidmatan Penyelenggaraan PCN meliputi floor switches, data centre switches, building switches, parcel switch hingga ke gateway switches TIDAK termasuk kabel vertical dan horizontal dalam bangunan serta kabel antara bangunan; dan
3) Perkhidmatan rangkaian tanpa wayar di bawah PCN.
 
Sejumlah 10,673 talian 1Gov*Net telah disediakan sehingga Disember 2016, dan pecahan mengikut Kementerian adalah seperti berikut;
 
 
Rantaian Kehadapan
 
1Gov*Net.Global. telah diwujudkan pada tahun 2016 dengan memperluaskan 1Gov*Net ke 2 lokasi rintis iaitu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia.

Untuk Maklumat Lanjut:
 
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia,
Bangunan MKN Embassy Techzone
Blok B, No. 3200, Jalan Teknorat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan
(U.P: Pengarah,Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama dan Keselamatan ICT)