×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Komunikasi Bersepadu Kerajaan (1GovUC)

Apakah 1GovUC?

1GovUC adalah perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti. Selain itu, perkhidmatan ini turut menyediakan kemudahan perkongsian maklumat melalui Portal Kolaboratif dan portal maklumat awam melalui Portal 1GovUC.

Mengapa 1GovUC?

1GovUC dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos melalui komunikasi yang diintegrasikan secara kolaboratif yang mana semua sektor awam di Malaysia boleh berhubung dan menjayakan sesuatu projek melalui sistem komunikasi yang ditawarkan oleh 1GovUC.

Latarbelakang 1GovUC

Kerajaan melalui NKEA Perkhidmatan Perniagaan EPP2-1 Perkhidmatan Gunasama Kerajaan telah melaksanakan inisiatif Komunikasi Bersepadu Kerajaan (1GovUC) bertujuan menyediakan perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi menerusi ICT yang lebih strategik dalam memberikan nilai kewangan yang lebih tinggi menerusi perkhidmatan yang cekap dan berkesan yang diuruskan secara berpusat di MAMPU.

Perkhidmatan 1GovUC yang bermula pada 2012 kini memasuki dimensi baru pada tahun 2016 dengan sejumlah 19 kementerian dan 175 agensi telah menggunakan perkhidmatan ini dan pengenalan produk terbaru melalui Skype for Business dan Mobile TelePresence serta program pembudayaan 1GovUC. Tahun 2016 menyaksikan seramai 315,300 pengguna telah mendapat manfaat dari perkhidmatan ini berbanding 224,260 pengguna pada tahun sebelumnya.

Perkhidmatan 1GovUC semakin kritikal kepada pengguna-pengguna sebagai wadah penyaluran maklumat, perkongsian kreativiti dan inovasi, penyampaian maklumat penting kepada pelanggan/penerima perkhidmatan yang melibatkan warga perkhidmatan awam mahupun semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kepada perkhidmatan agensi.

Perkhidmatan yang diberikan jaminan boleh dicapai di mana-mana pada sebarang masa oleh pengguna 1GovUC memerlukan strategi dan pendekatan yang paling kreatif, inovatif dan praktikal demi memastikan tahap prestasi, kualiti dan kesinambungan perkhidmatan adalah menepati kehendak pengguna. Pencapaian terhadap Service Level Guarantee (SLG) 99.5% yang dipersetujui oleh kerajaan sepanjang tahun 2016 merupakan manifestasi kepada komitmen MAMPU terhadap sistem penyampaian kerajaan menerusi perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi elektronik yang telus, kebolehpercayaan yang tinggi, cekap dan berkesan yang menjadi pilihan kepada agensi sektor awam semasa melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan pelanggan.

Bilakah Perkhidmatan 1GovUC Dimulakan?

Perkhidmatan 1GovUC telah dilaksanakan dibawah NKEA Perkhidmatan Perniagaan EPP2-1 Perkhidmatan Gunasama Kerajaan pada tahun 2016.


Bagaimana 1GovUC Berfungsi?

Melalui penggabungan saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta sistem pengurusan identiti yang boleh dicapai di mana-mana pada sebarang masa oleh pengguna.


Apakah Kepentingan 1GovUC?

  • Penjimatan kos melalui komunikasi yang diintegrasikan.
  • Menyediakan perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi menerusi ICT yang lebih strategik dalam memberikan nilai kewangan yang lebih tinggi menerusi perkhidmatan yang cekap dan berkesan yang diuruskan secara berpusat di MAMPU.
  • Merupakan wadah penyaluran maklumat, perkongsian kreativiti dan inovasi, penyampaian maklumat penting kepada pelanggan/penerima perkhidmatan yang melibatkan warga perkhidmatan awam mahupun semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kepada perkhidmatan agensi.


Apakah Jangkaan Penyampaian 1GovUC?

  • Pencapaian terhadap Service Level Guarantee (SLG) ditetapkan kepada 99.5% untuk tahun 2016.
  • Sistem penyampaian kerajaan menerusi perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi elektronik yang telus, kebolehpercayaan yang tinggi, cekap dan berkesan yang menjadi pilihan kepada agensi sektor awam semasa melaksanakan peranan dan tanggungjawab kepada rakyat dan pelanggan.


Pencapaian 1GovUC

  • Dibawah program membudayakan 1GovUC, produk terbaharu yang diperkenalkan adalah Skype for Business dan Mobile TelePresence;
  • Sejumlah 19 kementerian dan 175 agensi telah menggunakan perkhidmatan 1GovUC pada tahun 2016;
  • Manakala seramai 315,300 pengguna telah mendapat manfaat dari perkhidmatan ini pada tahun 2016 berbanding 224,260 pengguna pada tahun sebelumnya.
     

Bilangan pengguna 1GovUC mengikut Kementerian