×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pusat Latihan 1Malaysia

(1MALAYSIA TRAINING CENTRE – 1MTC)

Pengenalan
1MTC merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) dengan solusi strategik untuk memperkukuhkan program pembangunan modal insan dengan pengisian latihan yang berfokus dan berimpak tinggi melalui perkongsian fasiliti Institut Latihan Awam (ILA) seluruh negara.

Latar belakang
Mesyuarat Jawatankuasa National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 29 Oktober 2012 telah bersetuju bahawa 1MTC dijadikan sebagai satu daripada projek National Flagship di bawah inisiatif NBOS.

Inisiatif 1MTC diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bersama-sama Unit Perancang Ekonomi (EPU). Rakan-rakan Strategik lain adalah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, 1Malaysia for Youth (iM4U) dan semua ILA.



Dengan memanfaatkan teknologi semasa sebagai enabler, Portal 1MTC dibangunkan untuk menyediakan perkhidmatan tempahan fasiliti dan kursus.

Objektif
(a) Mengoptimumkan penggunaan kemudahan latihan di Pusat Latihan Awam (Institut Latihan Awam - ILA) kementerian dan agensi Kerajaan; dan

(b) Membantu Kerajaan dalam membuat keputusan strategik berkaitan Pusat Latihan Awam.

Statistik Portal
(Bagi Tempoh : 17 Disember 2012 Hingga 31 Disember 2016)



Dengan hanya mengakses portal 1MTC, pengguna pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan boleh membuat tempahan dalam talian untuk menggunakan kemudahan latihan (fasiliti) ILA seperti auditorium, bengkel, dewan pelbagai guna, kemudahan sukan dan asrama.

Contoh fasiliti ILA adalah seperti di bawah:

     
Pengguna portal 1MTC juga akan mendapat maklumat dan tempahan serta-merta, sekali gus menjimatkan masa. Pada masa yang sama, penempah tidak perlu risau akan tempahan yang berganda.

Outcome/Impak
1MTC adalah hasil daripada kerjasama antara kementerian dan agensi dalam perkongsian kemudahan latihan sedia ada. Melalui perkongsian 1MTC, agensi Kerajaan mempunyai akses kepada lebih banyak kemudahan dan mengurangkan keperluan untuk kos sewa kemudahan pihak ketiga yang mahal. Selain itu, sektor swasta, NGO dan orang awam boleh menyewa kemudahan 1MTC.

1MTC mengambil pendekatan kos rendah dengan memaksimumkan penggunaan pusat latihan yang kurang digunakan pada masa-masa tertentu melalui sistem perkongsian data berpusat, yang meningkatkan komunikasi antara pusat-pusat latihan dan agensi-agensi yang menggunakannya.

Rantaian Kehadapan
Rancangan 1MTC dalam masa terdekat ini termasuk penubuhan repositori Subject Matter Experts (tenaga pengajar) dalam bidang masing-masing ILA. Portal 1MTC juga berpotensi berubah daripada inisiatif yang diterajui oleh Kerajaan ke sebuah portal perniagaan dengan kemudahan ILA dijadikan selling point, iaitu membolehkan rakyat mengadakan sambutan perayaan, acara sukan dan majlis peribadi seperti majlis perkahwinan dan mesyuarat korporat di ILA tersebut pada masa hadapan. Ini bukan sahaja dapat menyemarakkan penggunaan ILA dengan semaksimumnya, tetapi juga menjadi sumber pendapatan baharu untuk Kerajaan.

Selain itu, 1MTC juga berpotensi menjadi portal pengurusan dan penyelarasan perancangan dan belanjawan yang berkaitan dengan program latihan kakitangan kementerian dan jabatan awam.

Di samping itu, 1MTC juga akan membuka peluang untuk ILA meneroka bidang baharu dalam penyelidikan dan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan syarikat-syarikat swasta untuk menawarkan program latihan profesional merentas sektor.

1MTC juga berhasrat untuk melebarluaskan ideanya bagi merangkumi pelbagai aset, sumber dan kepakaran  ke peringkat kementerian dan agensi Kerajaan.

Pautan kepada Halaman yang Spesifik
Bagi tujuan tempahan dan melihat kemudahan latihan yang disediakan oleh ILA, orang ramai boleh mengakses portal 1MTC melalui http://www.1mtc.gov.my pada bila-bila masa dan di mana sahaja menggunakan pelbagai peranti seperti komputer, telefon pintar, tablet dan sebagainya.