×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Malaysia Trustmark Sektor Awam (MTSA)

Malaysia Trustmark Sektor Awam diperkenalkan sebagai satu usaha untuk meningkatkan kepercayaan dan jaminan kepada pengguna dalam menggalakkan penggunaan perkhidmatan pembayaran secara atas talian oleh pengguna. Inisiatif ini disasarkan kepada perkhidmatan Government to Citizen (G2C), Government to Government (G2G) dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga.
 
Latar belakang
 
MTSA telah dilaksana berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 26 November 2010. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah melantik MAMPU dan CyberSecurity Malaysia selaku Pengendali (Operator) dan Pengesah (Certifier) bagi pelaksanaan MTSA.
 
Pengedali, Pengesah, Agensi dan Pengguna boleh melantik timbang tara bebas dan organisasi pengantara yang terdiri daripada Kuala Lumpur Regional Center for Arbitration (KLRCA) atau Malaysia Meditation Center (MMC).
 
Pada tahun 2013, MAMPU mensasarkan sebanyak 20 aplikasi e-Pembayaran Kerajaan bagi Pengurusan Pentauliahan MTSA agensi sektor awam. Perkhidmatan Pengukuhan Aplikasi Pembayaran Secara Online bagi Pentauliahan MTSA Tahun 2013 telah dilaksanakaan oleh pembekal yang dipilih melalui tender.
 
Untuk Pengurusan Persediaan Pentauliahan MTSA Tahun 2013, penilaian kendiri bagi 11 aplikasi e-Pembayaran Kerajaan telah dilaksanakan oleh Sembilan (9) agensi yang terlibat. Ujian Penembusan bagi lapan (8) aplikasi melibatkan enam (6) agensi juga telah dilaksanakan oleh Pengesah MTSA.
 
Kerangka Kerja MTSA
 
 

Proses MTSA
 
Proses pentauliahan MTSA adalah seperti berikut:
 
 
 
Agensi Perintis 2011
 
 
 
Agensi Perluasan 2011
 
 
Impak Pelaksanaan MTSA
 
  • Pelaksanaan MTSA akan mewujudkan prasarana kebolehpercayaan bagi peningkatan perkhidmatan yang kompetitif dan telus serta diyakini pelanggan. 
  • Keyakinan pengguna dan pelanggan terhadap kesahihan maklumat di laman web agensi yang menyediakan perkhidmatan atas talian bagi pihak kerajaan dapat ditingkatkan.
  • Menjamin imej agensi awam dan penyedia perkhidmatan kerana menyediakan perkhidmatan yang mementingkan kehendak pengguna.
 
 
Rantaian Kehadapan 
 
MAMPU berperanan sebagai Pengendali dan Pengesah MTSA yang akan mengeluarkan surat pentauliahan MTSA dan akan menjalankan Audit Keselamatan MTSA.
 
Keahlian ATA juga akan diwujudkan bagi memantapkan lagi pelaksanaan MTSA pada masa hadapan.