×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pasukan Respons Kecemasan Komputer Kerajaan (GCERT)

Latar Belakang

Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan, dan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2001 Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menetapkan bahawa semua insiden keselamatan ICT yang berlaku di agensi sektor awam perlu dilaporkan kepada GCERT MAMPU sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab menangani semua laporan insiden keselamatan ICT sektor awam.

Sebagai langkah memperkemaskan pengurusan pengendalian insiden keselamatan ICT, menerusi Surat Pekeliling Am Bil. 4 tahun 2006 Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam, semua agensi sektor awam yang melaksanakan infrastruktur ICT dikehendaki menubuhkan pasukan pengendalian insiden (CERT) di agensi masing-masing. CERT Agensi bertindak sebagai first level support kepada GCERT dalam mengendali insiden keselamatan ICT bagi agensi-agensi di bawah kawalannya.

Objektif Penubuhan
GCERT ditubuhkan untuk menjamin kesinambungan urusan kerajaan dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT.

Tanggungjawab GCERT
Pasukan GCERT di MAMPU bertanggungjawab untuk menangani semua laporan insiden keselamatan ICT yang melibatkan sektor awam. Secara amnya tugas GCERT adalah seperti berikut:
    
i. Menerima dan mengambil tindakan ke atas insiden keselamatan yang dilaporkan;
ii.Menyebarkan maklumat bagi membantu pengukuhan keselamatan ICT Sektor Awam dari semasa ke semasa;
iii.Menyediakan khidmat nasihat kepada agensi-agensi dalam mengesan, mengenalpasti dan menangani sesuatu insiden keselamatan; dan
iv.Menjadi penyelaras kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT), pembekal, Internet Service Provider (ISP) dan agensi-agensi penguatkuasa.
 

Statistik 2016
Sepanjang tahun 2016 sebanyak 441 insiden telah dicatatkan. Statistik insiden adalah seperti di bawah:




Rantaian Kehadapan
Inisiatif GCERT turut menyumbang kepada Teras Strategik 3: Perkhidmatan Guna Sama Yang Optimum dan Pengukuhan Keselamatan Siber di dalam Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2016-2020 dimana satu Makmal Forensik Digital Government Computer Emergency Response Team akan dibangunkan bagi mengukuhkan persekitaran siber yang berdaya tahan dan selamat.