×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan (GPKI)

Apakah Itu GPKI?

GPKI adalah satu perkhidmatan keselamatan ICT menggunakan sijil digital yang mematuhi Akta Tandatangan Digital 1997 dan Peraturan-peraturan Tandatangan Digital 1998. GPKI telah mula dilaksanakan pada tahun 2002. Pelaksanaan GPKI juga melibatkan pembekalan sijil digital oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen - Certification Authority (CA) yang dilantik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutlimedia Malaysia.

Apakah Objektif Pelaksanaan GPKI?

Perkhidmatan ini dibekalkan dan diuruskan secara berpusat oleh MAMPU
adalah untuk menjamin keselamatan transaksi data, maklumat  dan perkhidmatan ICT  sektor awam secara dalam talian.

Sijil Digital dibekalkan bagi tempoh sah dua tahun untuk dua tujuan  utama iaitu pengesahan identiti (authentication) dan mengelak penyangkalan tandatangan digital (digital signing) serta penyulitan dan penyahsulitan (encryption and decryption) maklumat.

 

Apakah Aplikasi-aplikasi Yang Menggunakan GPKI?

Antara aplikasi-aplikasi yang menggunakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

 

Secara keseluruhannya, sebanyak 26,074 unit dan sebanyak 171 unit sijil digital pelayan telah dibekalkan sehingga Disember 2016.

 

 

Apakah Perkhidmatan Yang Disediakan oleh GPKI?

Perkhidmatan yang disediakan meliputi:  

  • Pengurusan sijil digital pengguna dan pelayan SSL, iaitu membekalan sijil digital individu dan pelayan Secure Socket Layer (SSL).  Medium sijil digital individu terdiri daripada soft certificate, roaming certificate dan USB crypto token. Rajah dibawah memberi gambaran evolusi medium sijil digital dan integrasi dengan aplikasi ICT.
  • Khidmat nasihat serta konsultasi, iaitu khidmat nasihat serta konsultasi bagi perancangan, pelaksanaan dan integrasi GPKI dengan aplikasi.
  • Pengoperasian Perkhidmatan GPKI, iaitu bagi membolehkan permohonan dan pengurusan sijil digital PKI dilakukan secara dalam talian dan berpusat di MAMPU.

Evolusi Medium Sijil Digital dan Integrasi Dengan Aplikasi ICT

 

Pautan Kepada Halaman Yang Spesifik

https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal/