×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pusat Data Sektor Awam ( PDSA )

Kerajaan melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah melaksanakan projek Pusat Data Sektor Awam (PDSA) pada tahun 2011. Pada masa kini PDSA telah menempatkan lebih daripada 1000 server untuk 120 agensi melalui perkhidmatan-perkhidmatan secara berpusat yang disediakan oleh PDSA. PDSA menyediakan perkhidmatan pusat data dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) bagi pengoperasian perkhidmatan ICT secara berpusat untuk agensi-agensi Kerajaan.

 

Perkhidmatan PDSA

Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh PDSA merangkumi:

1. Fizikal & Virtual Server Hosting

Menyediakan ruang dan menguruskan perkhidmatan hosting bagi server, peralatan keselamatan, komunikasi dan integrasi rangkaian.

2.Perkhidmatan Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC)

Menyedia, mengurus dan mengoperasi perkhidmatan Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana bagi agensi-agensi Kerajaan. Perkhidmatan merangkumi penyediaan ruang dan rak, rangkaian, Keselamatan dan migrasi secara fizikal dan virtual.

3. Gateway Viruswall

Mengoperasi dan memantau perkhidmatan Gateway Viruswall bagi agensi-agensi yang menggunakan perhidmatan ini.

4. Backup & Restore

Menyediakan perkhidmatan backup dan restore bagi pelayan aplikasi yang ditempatkan di PDSA.

5. Perkhidmatan Sokongan

Menguruskan dan memantau status pengoperasian peralatan-peralatan sokongan serta infrastruktur Pusat Data Sektor Awam.

PDSA sering menjadi menerima kunjungan lawatan samada di dalam dan luar negara bagi agensi mempelajari dan berkongsi pengetahuan berkaitan pusat data dan pegawai-pegawai PDSA turut menjadi pakar rujuk untuk agensi-agensi lain. PDSA telah dianugerahkan Pensijilan ISO/IEC 2007:2013 ISMS.

 

Faedah PDSA

Dengan terlaksananya projek PDSA, Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos pengoperasian ICT sebanyak 20% serta meningkatkan tumpuan kepada pekerjaan teras bagi kakitangan teknikal agensi. Kerajaan juga dapat melindungi aset ICT Kerajaan dan meminimumkan impak gangguan. 

 

Hala Tuju PDSA

MAMPU telah diberikan mandat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Negara (JPPN) pada 10 September 2015 di mana YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersetuju agar MAMPU melaksanakan Projek Pengukuhan dan Peluasan Pusat Data Sektor Awam (PDSA).  Antara pengukuhan yang menjadi tumpuan ialah menjadikan perkhidmatan PDSA sebagai utiliti dan memperluaskan katalog perkhidmatan dengan perkhidmatan nilai tambah. Dalam RMKe-11 perkhidmatan PDSA akan diperluaskan mengikut Zon.

MAMPU telah bekerjasama dengan KPM dalam menjadikan Pusat Data KPM sebagai lokasi PDSA yang terkini, melalui projek menaiktaraf infrastruktur pusat data dan ICT sedia ada.  Kerja-kerja perancangan kapasiti dan penyediaan keperluan PDSA tersebut telah bermula sejak Ogos 2015, manakala pembangunan dan menaik taraf infrastruktur pusat data dan infrastruktur ICT telah bermula pada Februari 2016 dan telah siap sepenuhnya November 2016 yang lalu. Melalui strategi lautan biru (NBOS), Kerajaan telah dapat menjimatkan kos pembangunan, masa dan mengoptimakan penggunaan aset sedia ada. Perkhidmatan PDSA tersebut telah siap dibangunkan dan beroperasi dalam tempoh yang singkat selama lapan (8) bulan. Salah satu tujuan pembangunan PDSA tersebut adalah sebagai satu lokasi Pusat Pemulihan Bencana (DRC) kepada agensi Kerajaan. Bermula pada bulan Ogos 2016, sebanyak 44 agensi Kerajaan yang menggunakan perkhidmatan DRC tersebut.