×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

1GovCloud


Apa Itu 1GovCloud?


1GovCloud merupakan perkhidmatan Cloud Hosting yang menyediakan sejumlah sumber (rangkaian, server, storan, sistem operasi) secara maya (virtual) kepada agensi untuk diuruskan bagi menampung aplikasi yang dibangunkan berasaskan Private Cloud (Cloud Enable) dan merupakan satu lagi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Data Sektor Awam (PDSA), di bawah kendalian Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Latar belakang

1GovCloud telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Julai 2013.
     

Perkhidmatan 1GovCloud yang disediakan oleh PDSA adalah seperti di bawah:



Perkhidmatan 1GovCloud adalah berasaskan kepada Infrastructure As A Service (IaaS) dan perkhidmatan ini akan dikembangkan dari masa ke semasa.

Apakah Objektif 1GovCloud?
Pengoperasian perkhidmatan Cloud Hosting secara berpusat untuk agensi-agensi Kerajaan.

Berapakah Aplikasi yang Menggunakan 1GovCloud?

Sehingga Januari 2017, sebanyak 1001 virtual server  telah disediakan untuk kegunaan agensi.



Sehingga kini, terdapat sejumlah 250 aplikasi yang telah menggunakan perkhidmatan 1GovCloud di PDSA seperti Portal 1MTC, Laman Web MAMPU, Portal MyRELA, e-Solat JAKIM dan sebagainya.

Apakah Impak 1GovCloud kepada Kerajaan?

Dengan terlaksananya beberapa perkhidmatan di bawah projek PDSA, Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos pengoperasian ICT sebanyak 20% serta meningkatkan tumpuan kepada pekerjaan teras bagi kakitangan teknikal agensi. Kerajaan juga dapat melindungi aset ICT Kerajaan dan meminimumkan impak gangguan.  

Bagaimanakah 1GovCloud akan diperluaskan?

MAMPU telah diberikan mandat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Negara (JPPN) pada 10 September 2015 di mana YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersetuju agar MAMPU melaksanakan Projek Pengukuhan dan Peluasan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) merangkumi perkhidmatan yang disediakan.  Antara pengukuhan yang menjadi tumpuan ialah menjadikan perkhidmatan PDSA sebagai utiliti dan memperluaskan katalog perkhidmatan dengan perkhidmatan nilai tambah.