×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Enjin Carian Rasmi Kerajaan (1AKSES)


Pengenalan

1AKSES menyediakan sistem yang seragam dan juga saluran tunggal carian terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga dapat meningkatkan kualiti capaian awam terhadap maklumat dan kandungan yang berkaitan dengan Kerajaan menerusi sumber yang sahih dan tepat serta boleh di akses di mana-mana sahaja.

1AKSES merupakan sistem yang membolehkan pengguna membuat carian maklumat Kerajaan melalui widget di laman web/portal agensi Kerajaan dan aplikasi mobile. Portal 1AKSES juga disediakan untuk Pentadbir 1AKSES Agensi dan MAMPU bagi kemudahan penyediaan laporan hasil carian atau search trend agensi melalui Dashboard dan Executive Information System (EIS).

 

Carian 1AKSES mempunyai dua peringkat hasil carian iaitu:
1) Carian Local - carian terhad kepada maklumat yang terdapat di laman web/portal agensi sahaja; dan
2) Carian Global - carian terbuka kepada maklumat yang terdapat di laman web/portal Sektor Awam di peringkat keseluruhan agensi Kerajaan.

 

1AKSES menyediakan pelbagai medium capaian bagi membolehkan pengguna mendapatkan perkhidmatan 1AKSES dimana-mana sahaja tanpa mengira masa. Medium-medium capaian yang disediakan adalah melalui portal, widget dan aplikasi mudah alih. Setiap medium capaian perkhidmatan 1AKSES tersebut mempunyai liputan fungsinya.

Latarbelakang

  • Pembangunan aplikasi mekanisme carian rasmi kandungan digital Kerajaan telah diputuskan di Mesyuarat Panel CIO Sektor Awam pada 10 April 2013. Mesyuarat CCI NKEA EPP6 E-Government pada 19 April 2013 telah meluluskan cadangan pembangunan satu enjin carian tunggal melalui aplikasi yang lebih efisien, sistematik dan seragam.
  • Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1/2013 bertarikh 12 Julai 2013 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam memutuskan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri menerajui pembangunan mekanisme carian rasmi kandungan digital Kerajaan Malaysia khusus (search engine Malaysia) yang lebih efisien, sistematik dan seragam serta penglibatan dan kerjasama agensi semasa pelaksanaan enjin carian rasmi Kerajaan.


Mengapa 1AKSES dibangunkan?

1AKSES telah dibangunkan memandangkan terdapat kesukaran dalam mendapatkan maklumat dan kandungan yang berkaitan Kerajaan yang sahih dan tepat serta boleh dipercayai.

Objektif

Objektif perkhidmatan 1AKSES yang disediakan adalah seperti berikut:
1) Mewujudkan mekanisme carian maklumat rasmi kerajaan melalui sistem yang lebih efisyen, sistematik dan seragam;
2) Mewujudkan satu pusat carian tunggal dalam mengakses maklumat rasmi kerajaan bagi setiap Kementerian dan agensi Kerajaan dan juga kepada pelanggan;
3) Menyediakan kemudahan carian maklumat rasmi kerajaan melalui aplikasi mobile; dan
4) Menyediakan Dashboard dan Executive Information System (EIS) untuk pemantauan, laporan pengurusan dan analisis statistik yang fleksibel serta praktikal bagi setiap hasil carian.

Impak Pelaksanaan

Pelaksanaan 1AKSES yang seragam akan meningkatkan kualiti capaian terhadap maklumat dan kandungan yang berkaitan dengan Kerajaan menerusi sumber yang sahih dan tepat.

Rantaian Kehadapan

Perkhidmatan 1AKSES disasarkan akan dilaksanakan oleh 855 laman web dan portal agensi sektor awam.

Pautan kepada Halaman yang Spesifik

http://www.mampu.gov.my/ms/1akses