×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Program Pembangunan Sistem dan Keupayaan Sumber Terbuka (OSDeC)

Apakah itu OSDec?
OSDeC merupakan pusat pembangunan sistem perisian sumber terbuka, fokus kepada pembangunan sistem generik dalam membangunkan keupayaan perkhidmatan ICT sektor awam.

OSDeC merupakan kesinambungan daripada Pelan Induk Perisian Sumber Terbuka Sektor Awam yang telah dilancarkan pada 16 Julai 2004.

Pelan Induk Perisian Sumber Terbuka Sektor Awam bertujuan menggalakkan penggunaan perisian sumber terbuka (open source software) (OSS) di agensi sektor awam. Di bawah pelan ini terdapat tiga (3) fasa pelaksanaan OSS iaitu:

Fasa 1 (2004 - 2006) : Laying the Foundation / Early Adoption;
Fasa 2 (2007 - 2010) : Accelerated Adoption; dan
Fasa 3 (2011 - 2020) : Self Reliance


Di Fasa 3: Self Reliance (2013-2020), MAMPU mensasarkan untuk membangunkan keupayaan ICT dalam pembangunan sistem dengan fokus kepada pembangunan aplikasi generik untuk kegunaan agensi sektor awam.

Apakah Objektif OSDeC?
Objektif OSDeC adalah seperti berikut :

i) Menyediakan prasarana pusat pembangunan sistem fokus kepada pembangunan sistem generik untuk perkongsian bersama agensi sektor awam.

ii) Membangunkan keupayaan perkhidmatan ICT Sektor Awam.

iii) Memberikan pendedahan mengenai teknologi perisian sumber terbuka dan mempromosi produk OSS.


Apakah Pelan Pelaksanaan OSDeC?
 

Apakah impak yang diperolehi daripada OSDeC?


i) Meningkatkan keupayaan pegawai Sektor Awam dalam pembangunan sistem.

ii) Menjimatkan kos dalam pembangunan sistem melalui konsep perkongsian sumber dan infrastruktur.

iii) Meminimakan kos perlesenan pengguna bagi produk generik yang dibangunkan.

iv) Meningkatkan penggunaan dan pelaksanaan perisian sumber terbuka di agensi Sektor Awam


Pautan Kepada Halaman Yang Spesifik
http://oscc.mampu.gov.my/osdec/