×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

myiDENTITY

Apakah Itu myiDENTITY?

myIDENTITY membolehkan warganegara dan pemastautin tetap mencapai maklumat peribadi dan mengemaskini maklumat perhubungan semasa berurusan secara dalam talian (online) dengan agensi Kerajaan. Pelaksanaan inisiatif ini memudahkan individu kerana tidak perlu lagi memberikan maklumat peribadi (nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, alamat tetap, alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon mudah alih) yang sama berulang kali apabila berurusan dengan agensi kerajaan, menyemak maklumat peribadi pada bila-bila masa dan di mana saja dan boleh mengemaskini maklumat perhubungan (alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon mudah alih).

Projek Perintis myiDENTITY mula digunakan pada 14 Jun 2012 telah berjaya dilaksanakan di sepuluh (10) agensi Kerajaan iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Projek ini seterusnya telah diperluaskan ke agensi Kerajaan yang lain secara berfasa.

Kenapa myiDENTITY?

Pelaksanaan myiDENTITY bertujuan untuk mentransformasikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan agar menjadi lebih strategik, efektif dan cepat. Agensi Kerajaan dapat mencapai, mengemaskini dan berkongsi maklumat peribadi pelanggan melalui penggunaan repositori berpusat. Antara objektif myIDENTITY adalah seperti berikut:

a) Memudahkan perkongsian data asas individu dengan agensi pelaksana;

b) Memastikan data warganegara adalah tepat, terkini dan konsisten merentasi agensi Kerajaan;

c) Memudahkan indvidu apabila berurusan dengan agensi Kerajaan yang melaksanakan myiDENTITY dengan meminimakan keperluan untuk memberikan maklumat yang sama berulang kali; dan

d) Mengurangkan masa transaksi dan keperluan agensi Kerajaan untuk mendapat serta memproses data pelanggan.

 

Bagaimana Menggunakan myiDENTITY?

Agensi-agensi Yang Menggunakan myiDENTITY
•    Agensi Kerajaan Yang Menggunakan   (Klik Sini)
•    Agensi Kerajaan Yang Boleh Melakukan Pendaftaran Dan Pengesahan (Klik Sini)

 

Faedah Kepada Anda

 

Maklumat lanjut berhubung myiDENTITY boleh dilayari di laman  https://www.myidentity.gov.my/