×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

myGovXchange (myBayar)

myGovXchange diwujudkan untuk menyediakan satu gerbang bagi individu dan organisasi menjalankan transaksi ePayment dan eSubmission dengan agensi Kerajaan. myGovXchange memainkan peranan utama kepada pembangunan initiatif Kerajaan Elektronik.

Kenapa myGovXchange?

Tanpa pemusatan, pengguna tidak boleh mencapai perkhidmatan kerajaan elektronik dengan konsisten dan tepat. Pelbagai agensi kerajaan memerlukan berlainan laman web, id pengguna dan kata laluan. Di samping itu, kaedah berkomunikasi juga berlainan di antara satu sama lain.
Bagi mengatasi isu tersebut, myGovXchange diwujudkan sebagai asas kepada infrastruktur Internet Kerajaan. Aspek penting yang ditekankan adalah pengujudan single point of entry. Ini dapat membantu pengguna berurusan dengan Kerajaan melalui satu akses tunggal. MyGovXchange melalui pembangunan yang berterusan. Jumlah agensi yang menyertai dan kehendak pengguna diambilkira untuk pengembangan perkhidmatan myGovXchange.

Entiti myGovXchange

myGovXchange menyediakan hub pembayaran (Payment Gateway Hub), gerbang bayaran online (myBayar) dan gerbang serahan online (myForms). Hub pembayaran menyediakan perkongsian gerbang pembayaran (MGX Payment Gateway) sebagai hub pembayaran agensi Kerajaan. myBayar adalah pusat setempat yang menyediakan platform yang personalised dan consolidated untuk memudahkan rakyat menyemak dan membuat pelbagai bayaran secara serentak. MyForms pula menyediakan kemudahan kepada orang ramai dan komuniti perniagaan membuat serahan pelbagai borang kepada pelbagai agensi melalui satu transaksi mudah.


 

Perkhidmatan myGovXchange

Manfaat myGovXchange

myGovXchange adalah salah satu inisiatif Kerajaan bagi meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan ICT. Ianya juga menggalakkan perkongsian maklumat dan perkhidmatan di antara pelbagai agensi Kerajaan dan seterusnya meningkatkan daya saing di peringkat global.