×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Data Raya Sektor Awam (DRSA)

Apa itu Data Raya?

Data Raya (Big Data) merupakan satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan mobile dan data internet. Pelbagai jenis data-data berstruktur dan tidak berstruktur daripada media sosial seperti blog, Facebook, Twitter telah menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar, pelbagai, tidak terbatas dan bernilai (volume, variety, velocity, value) sehingga kepada terabytes dan petabyte data.


Selari dengan fenomena Data Raya dan hasrat Kerajaan bagi memacu perkhidmatan ICT, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Projek Rintis Data Raya Sektor Awam (DRSA). YAB Perdana Menteri dalam mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia (ICM) Bilangan 25 pada 14 November 2013 telah mengumumkan bahawa Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kolaborasi MAMPU dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDeC) akan meneraju pelaksanaan Big Data Analytic (BDA) Malaysia. Mesyuarat tersebut juga bersetuju bahawa KKMM membangunkan Kerangka Kerja Data Raya Malaysia dengan kerjasama MAMPU dan MDeC; MAMPU dan MDeC berkolaborasi melaksanakan Projek Rintis BDA Sektor Awam; dan MDeC akan menerajui permulaan BDA Sektor Swasta.


Pelaksanaan projek rintis ini merupakan titik permulaan bagi memacu pelaksanaan DRSA di agensi-agensi Kerajaan. Pelaksanaan DRSA dijangka akan meningkatkan keupayaan Kerajaan dalam membuat keputusan berasaskan fakta dan data, pembangunan bakat tempatan dan sekaligus menyahut keperluan kritikal agenda transformasi negara.

Objektif

Objektif projek DRSA berkeupayaan memberi faedah kepada Sektor Awam dan rakyat diantaranya:
1) DRSA dapat meningkatkan dan menambahbaik landskap persekitaran IT Sektor Awam dengan memanfaatkan aset data agensi-agensi yang sedia ada serta mengintegrasikan sumber data yang baharu. DRSA membantu pihak Kerajaan berinteraksi secara real time dan melaksana keputusan dengan lebih berkesan berdasarkan fakta dan penghasilan analisis maklumat.
2) Mewujudkan produk dan perkhidmatan baharu daripada sumber data berdasarkan penghasilan dari volume, variety, velocity dan value maklumat.
3) Mengurangkan persekitaran silo melalui kolaboratif antara agensi yang lebih kukuh dalam perkongsian maklumat dan keputusan.
4) DRSA dapat menjana pemerkasaan daya pemikiran dan wawasan (insight). Pihak Kerajaan akan terus membina keyakinan untuk bertindak dengan kepantasan yang membolehkan keputusan dilaksana dengan  lebih tepat pada kekerapan yang lebih tinggi.

Apakah Projek Rintis Analitis Data Raya Sektor Awam ?

 



Apakah Projek Analitis Data Raya Yang Dibangunkan Secara Proof Of Concept (POC)?

Rintis DRSA telah bermula pada 10 Mac 2015 dan akan tamat pada 9 Mac 2016. Surat tawaran kepada syarikat berjaya iaitu Abyres Sdn. Bhd. telah dikeluarkan pada 25 Februari 2015 dan peruntukan NKEA EPP6. Projek ini melibatkan 4 domain iaitu Analisis Sentimen (MAMPU), Pencegahan Jenayah (PDRM), Kawalan Penyakit Berjangkit (KKM) dan Kawalan Harga (KPDNKK).

BDA-DGOIN mula dilaksanakan pada Januari 2015 yang bertujuan bagi membangunkan Proof of Concept (POC) untuk kes bisnes agensi Kerajaan yang terpilih. MoU bersama MAMPU, MDeC dan MIMOS ditandatangani pada 29 Januari 2015. Sesi libat urus bersama 20 agensi kerajaan telah diadakan bagi menerangkan program BDA DGOIN. 4 agensi telah dipilih yang melibatkan pembangunan 5 POC

 

Apakah faedah kepada Sektor Awam Projek Rintis DRSA ini?

1) Membangunkan platform bagi menampung Big Data Analytics (BDA) Solution untuk empat agensi rintis.
2) Membina kemahiran dan kepakaran dalam bidang berkaitan Analitis Data Raya seperti data scientist, data miner, data modeler dan sebagainya.
3) Lesson learned kepada Kerajaan sebelum DRSA diperluaskan kepada agensi-agensi Kerajaan yang lain.
4) Mewujudkan BDA Solution bagi penggunaan dan analisis yang melibatkan Data Raya.
5) Perkongsian data/maklumat di antara agensi-agensi Kerajaan.
6) Meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dengan pembuatan keputusan yang lebih tepat dan berkesan dan seterusnya memberi faedah dan impak kepada rakyat.

Pautan kepada Halaman yang Spesifik

1. http://www.mampu.gov.my/ms/data-raya-sektor-awam-drsa
2. http://www.arkib.gov.my