×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Government Data Optimisation Transformation Services (GDOTS)

Apa Itu GDOTS?

Government Data Optimisation Transformation Services (GDOTS) merupakan kelangsungan atau perluasan daripada Proof of Concept (PoC) bagi Transformasi Digital Data Analitik (TDDA) yang telah dilaksanakan pada penghujung tahun 2015 berasaskan harga barangan (price of goods) yang dilaporkan dalam Majlis Harga Barang Negara di Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kementerian (Bil. 2/2015) bagi menangani kos sara hidup rakyat. Inisiatif GDOTS bertujuan melaksanakan Transformasi Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Berpacukan Data Analitis dengan matlamat utama adalah untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berpaksikan rakyat dengan melaksanakan inisiatif data terbuka dalam kalangan agensi, menggalakkan perkongsian data merentasi agensi dan memanfaatkan analitis data raya.
GDOTS juga merupakan inisiatif yang merangkumi ekosistem Analitis Data Raya sektor awam yang melibatkan Kementerian, Kerajaan Negeri, Institut Pengajian Tinggi dan Government Link Companies  (GLCs) ke arah mewujudkan Lautan Data Sektor Awam atau Public Sector Data Ocean (PSDO). GDOTS mampu memaksimumkan penggunaan dan perkongsian data Kerajaan dan data media sosial bagi membudayakan inovasi berpacukan pelbagai jenis data melalui pendekatan data driven.

Apakah Objektif GDOTS?

Objektif Pelaksanaan GDOTS adalah untuk :

i) Menghasilkan penemuan yang bersifat insightful yang membolehkan pihak Kerajaan menambah baik dasar-dasar Kerajaan, membuat perancangan strategik, membuat keputusan dan tindakan tepat dan terbaik.

ii) Membolehkan analisis data bagi mendapat wawasan analitis atau insight yang bersifat diagnostik, diskriptif, prediktif dan preskriptif ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

iii) Mengoptimumkan penggunaan dan perkongsian data Kerajaan dan data media sosial bagi membudayakan inovasi berpacukan pelbagai jenis data (data driven).

Bagaimanakah Arkitektur Maklumat GDOTS?

Arkitektur maklumat GDOTS adalah seperti rajah dibawah:


Arkitektur Maklumat GDOTS

Apakah Outcome GDOTS yang dapat diperolehi?

Outcome yang boleh diperolehi melalui pelaksanaan GDOTS adalah seperti berikut:

i) Meningkatkan keupayaan pegawai kerajaan dalam bidang analitis data.

ii) Mewujudkan tasik dan lautan data dalam usaha ke arah merealisasikan Lautan Data Sektor Awam atau Public Sector Data Ocean (PSDO) dan mengoptimumkan lagi perkhidmatan Kerajaan berdasarkan penghasilan daripada Data Raya dengan memberi fokus kepada golongan miskin bandar (urban poor).

iii) Menjana keputusan yang strategik dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti serta mengurangkan kesilapan dalam membuat keputusan dengan penganalisisan data yang lebih meluas daripada pelbagai sumber data dalam Data Raya.

iv) Membantu agensi Kerajaan dalam membuat keputusan dengan lebih berkesan dan perancangan yang lebih strategik melalui pendekatan data driven.

v) Membantu agensi Kerajaan dalam membuat keputusan dengan lebih berkesan dan perancangan yang lebih strategik melalui pendekatan data-driven.

vi) Membantu agensi Kerajaan dalam membuat keputusan dengan lebih berkesan dan perancangan yang lebih strategik melalui pendekatan data-driven.