×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Bagaimana Mencari Pekerjaan di Malaysia

JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini adalah satu modul daripada tiga modul yang terdapat di bawah projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). Ia telah dilancarkan pada 30 Mei 2002 oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Wira Fong Chan Onn.

Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini juga, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini tidak dikenakan sebarang bayaran.


Objektif Sistem

Meningkatkan mobilisasi tenaga kerja negara dan untuk memastikan penggunaan tenaga kerja secara optimum melalui penjodohan pencari kerja dan kekosongan jawatan yang lebih sistematik.Menjadi pusat maklumat pasaran buruh yang boleh dicapai oleh orang ramai samada dari dalam atau luar negeri termasuk para pelajar Malaysia di luar negeri dan pelabur asing.


Bursa Buruh Elektronik      

Bursa Buruh Elektronik (ELX) merupakan satu aplikasi di bawah Projek Kerajaan Elektronik iaitu flagship ketujuh bagi Koridor Raya Multimedia. ELX adalah pelaksanaan Fasa I Sistem Maklumat Bersepadu Kementerian Sumber Manusia (KSM) berpandukan kepada Perancangan Sistem Maklumat KSM. Ia mengandungi tiga modul iaitu JobsMalaysia, Pangkalan Data Pasaran Buruh dan Sistem Automasi Pejabat. Ia bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan KSM kepada pelanggan-pelanggannya melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sila Rujuk Laman Web Rasmi Kementerian Sumber Manusia