×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Garis Panduan Pendaftaran Syarikat Asing

Syarikat asing boleh menjalankan perniagaan di Malaysia dengan cara:

(a) Memperbadankan syarikat tempatan dengan SSM; atau

(b) Mendaftar syarikat asing di Malaysia dengan SSM.

 

Syarikat asing ditakrifkan di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 65) sebagai:

(a) Syarikat, perbadanan, pertubuhan, persatuan atau badan-badan lain yang diperbadankan di luar Malaysia; atau

(b) Sesuatu pertubuhan, persatuan atau badan lain yang tidak diperbadankan  di bawah undang-undang tempat asalnya boleh menyaman dan disaman atau mempunyai harta atas nama setiausaha atau pengawai yang dilantik untuk tujuan tersebut dan tidak mempunyai  ibu pejabat atau tempat perniagaan utama di Malaysia.

 

A. PROSEDUR PENDAFTARAN

1. Permohonan Carian Nama

Carian nama syarikat mesti dibuat bagi menentukan sama ada nama yang dicadangkan boleh digunakan. Rujuk kepada Warta Kerajaan Bil. 716 bertarikh 30 Januari 1997, Warta (Pindaan) bertarikh 11 Oktober 2001, Garis panduan menamakan syarikat dan Panduan Permohonan Nama Syarikat. Langkah-langkah yang perlu diambil ialah:

(i) Melengkapkan dan menyerahkan Borang 13A (Permohonan Untuk Menentukan Terdapatnya Nama Syarikat) kepada SSM.

(ii) Membuat pembayaran sebanyak RM30.00 untuk setiap nama yang dipohon.

 

Nama yang akan digunakan bagi tujuan pendaftaran syarikat asing hendaklah sama dengan nama syarikat yang ditubuhkan di negara asal. Sekiranya nama yang dicadangkan diluluskan oleh SSM, ianya akan dirizabkan selama tiga bulan dari tarikh kelulusan.

 

2. Serah simpan Dokumen Pendaftaran

Dokumen Pendaftaran (seperti yang diterangkan di Bahagian B di bawah) hendaklah diserahsimpan di SSM dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat kelulusan nama syarikat oleh SSM. Sekiranya gagal berbuat demikian, permohonan nama syarikat yang baharu mestilah dibuat. (Langkah-langkah (i) dan (ii) mesti diulangi).

 

B. DOKUMEN PENDAFTARAN

(i) Salinan sijil pemerbadanan atau pendaftaran syarikat asing dari negara asal yang disahkan.

(ii) Salinan surat cara perlembagaan, statut atau Memorandum dan Artikel Syarikat atau instrumen lain yang mempuyai sifat yang serupa.

(iii) Borang 79 (Senarai Dan Butir-butir Pengarah Syarikat Asing).

 

*NOTA: sekiranya senarai pengarah mengandungi pengarah-pengarah yang bermastautin di Malaysia yang juga merupakan ahli lembaga pengarah syarikat asing di Malaysia, memorandum yang menyatakan kuasa mereka oleh pihak syarikat asing hendaklah disertakan.

(iv) Memorandum perlantikan atau surat kuasa wakil yang diberi kepada orang yang bermastautin di Malaysia untuk menerima bagi pihak syarikat asing sebarang notis yang perlu dihantar hendaklah diserahkan kepada syarikat asing tersebut.

(v) Borang 80 (Akuan Berkanun Yang Dibuat Oleh Ejen Syarikat Asing).

(vi) Dokumen-dokumen tambahan yang terdiri daripada:

 

Borang 13A yang asal dan salinan surat kelulusan nama syarikat asing dari SSM.

 

C. FI PENDAFTARAN

Fi pendaftaran adalah seperti jadual bayaran berikut:

MODAL SYER NOMINAL (TUKARAN SETARA DENGAN RM)

BAYARAN (RM)

Sehingga 400,000

          1,00

400,001 – 500,000

          3,00

500,001 -1 juta

          5,00

1,000,001 – 5 juta

          8,00

5,000,001 – 10 juta

          10,000

10,000,001 – 25 juta

          20,000

25,000,001 – 50 juta

          40,000

50,000,001 – 100 juta

          50,000

100,000,001 ke atas

          70,000

               

1. Dalam menentukan jumlah fi pendaftaran syarikat asing. Hendaklah setara dengan nilai mata wang Malaysia (Ringgit Malaysia) pada kadar tukaran semasa.

2. Sekiranya syarikat tidak mempunyai modal syer nominal, jumlah tetap sebanyak RM 1,000.00 perlu dibayar kepada SSM.

 

D. PERAKUAN PENDAFTARAN

Sijil Pendaftaran syarikat asing (Borang 83) akan dikeluarkan apabila dokumen-dokumen Pendaftaran didapati sempurna dan difailkan.

Sumber : Suruhanjaya Syarikat Malaysia