×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Hab Perkongsian Maklumat Kerajaan Dan National Registries

Apa itu Hab Perkongsian Maklumat Kerajaan? 
Inisiatif Hab Perkongsian Maklumat Kerajaan dan National Registries (HPMK dan NR) dilaksanakan bagi merealisasikan Teras Kedua dalam Teras Strategik ICT yang terkandung dalam Pelan Strategik ICT Sektor Awam iaitu Kerajaan Berpacukan Data. Objektif Teras Kedua ini adalah untuk mengurus dan merealisasikan nilai data secara cekap dan holistik serta mengukuhkan perkongsian data merentasi agensi Sektor Awam. 
 
Hab Perkongsian Maklumat Kerajaan adalah infrastruktur perkongsian maklumat secara guna sama oleh agensi kerajaan dan penyediaan perkhidmatan broker data (data brokerage) bagi sektor awam. Manakala National Registries pula adalah satu repositori maklumat yang diperoleh dari sumber asal yang boleh diguna pakai oleh agensi  kerajaan dan memastikan maklumat yang dikongsi adalah tepat, terkini dan konsisten daripada satu sumber yang sah dan sahih (single source of truth)
 
(Kerangka Inisiatif)
 
Arkitektur Bisnes Projek HPMK dan NR
 
Pelaksanaan HPMK dan NR
Pelaksanaan HPMK dan NR terbahagi kepada tiga (3) komponen utama iaitu:
i.Pembangunan dan pelaksanaan Repositori dan Registri Pendidikan Nasional (RPN); 
ii.Pembangunan dan pelaksanaan Registri Penduduk; dan 
iii.Pembangunan dan pelaksanaan Hab Perkongsian Maklumat Kerajaan  (HPMK). 
 
Dalam Pelaksanaan RPN, sebanyak empat (4) agensi yang akan terlibat iaitu:  
i.Kementerian Pendidikan Malaysia;
ii.Kementerian Pendidikan Tinggi;
iii.Jabatan Pembangunan Kemahiran; dan
iv. Majlis Peperiksaan Malaysia.
 
Manakala dalam pelaksanaan Registri Penduduk sebanyak enam (6) agensi yang akan terlibat iaitu: 
i.Jabatan Pendaftaran Negara  
ii.Jabatan Kebajikan Masyarakat  
iii.Jabatan Perkhidmatan Awam  
iv.Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  
v.Jabatan Tenaga Kerja 
vi.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam  
 
Apakah manfaat yang boleh diperolehi daripada pewujudan HPMK dan NR?
Manfaat yang boleh diperoleh daripada pewujudan HPMK dan NR adalah seperti berikut:
a.Memudahkan rakyat berurusan dengan agensi Kerajaan tanpa perlu membekalkan maklumat yang sama secara berulang
b.Meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan dengan pengurangan masa capaian dan pemprosesan data.
 
Rantaian Kehadapan
HPMK dan NR dapat diperluaskan kepada semua perkhidmatan Kerajaan yang berpotensi supaya data merentasi agensi dapat dikongsi dan digunakan berdasarkan kepada satu sumber yang sah dan sahih (single source of truth) serta dapat digunakan tanpa ragu-ragu.