×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pusat Kecemerlangan Pengujian Sektor Awam - MyTCoE

Apakah itu myTCoE?
Pusat Kecemerlangan Pengujian Perisian Sektor Awam atau myTCoE telah ditubuhkan pada Jun 2016 yang berperanan sebagai pusat rujukan teknikal bagi penyediaan skop awal Independent Verification and Validation (IVV) 
 
Apakah Objektif myTCoE?
Sejajar dengan hasrat kerajaan kearah pelaksanaan Kerajaan Digital yang menawarkan perkhidmatan secara atas talian kepada rakyat, kesedaran untuk memupuk amalan Jaminan Kualiti Perisian (SQA) yang baik dalam budaya kualiti sector awam menjadi keperluan. Ini bertujuan untuk menjamin dan menambah baik kualiti sistem dan aplikasi yang dibangunkan atau melalui perolehan aplikasi secara Commercial-Off-The-Shelf (COTS). Inisiatif ini juga mampu mengurangkan risiko kegagalan projek.
 
Apakah Manfaat yang diperolehi daripada pelaksanaan MyTCoE?
 
Bagi menyokong pembentukan MyTCoE, satu buku panduan IVV Handbook telah dihasilkan dengan jayanya pada Jun 2016. Dokumen ini menjadi rujukan untuk agensi-agensi Sektor Awam di Malaysia sebagai panduan untuk perolehan dan engagement IVV untuk projek-projek ICT yang dilaksanakan oleh agensi. Ini merangkumi prosedur minima untuk dipakai dan diikuti.
 
IVV Handbook
 
Pembangunan IVV Handbook ini diketuai oleh Malaysian Software Testing Board (MTSB) dengan kerjasama perunding dan agensi utama sector awam yang terdiri daripada Software Testing Excellence Program (STEP), University of Memphis, USA, MAMPU-EPU-MoF-JSM (Standards Malaysia), MATRADE, ROS, MoH, MAMPU, JAN dan DoF. Aktiviti pembangunan ini bermula daripada Ogos 2015 dan versi 1.0 disiapkan dan diserahkan kepada MAMPU pada April 2016.
 
Punca kuasa pewujudan IVV Handbook ini adalah hasil daripada tindak balas lesson learnt dan maklumbalas daripada stakeholder.
 
Rantaian Kehadapan
 
Dengan tertubuhnya Pusat Kecemerlangan dan Pengujian Perisian Sektor Awam, kerajaan mensasarkan untuk mewujudkan satu pusat pengujian sector awam. Kerajaan juga merancang untuk membangunkan kepakaran pengujian perisian dalaman dan pasukan software estimation pada masa hadapan.