×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Gerbang Pembayaran Melalui Peranti Mudah Alih (myPay)

Pengenalan
 
myPay merupakan salah satu perkhidmatan di bawah inisiatif myGov Mobile yang menawarkan perkhidmatan pembayaran secara elektronik yang berasaskan aplikasi mudah alih oleh kerajaan Malaysia. Inisiatif ini diperkenalkan bagi menggalakkan transaksi pembayaran secara elektronik bagi perkhidmatan kerajaan.
 
Apakah itu myPay?
 
myPay merupakan perkhidmatan kerajaan yang membolehkan orang ramai membuat bayaran secara mudah dan ringkas melalui telefon mudah alih. Pembayaran yang berkonsep counter free dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
 
Apakah Manfaat myPay?
 
Inisiatif ini secara tidak langsung membuka satu saluran baru bagi perkhidmatan kerajaan yang membantu memudahkan rakyat untuk melakukan pembayaran secara atas talian tanpa perlu hadir ke kaunter pembayaran. Pembayaran juga boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa terikat pada waktu perkhidmatan pejabat. Ini sekaligus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi keperluan rakyat.
 
Statistik Perkhidmatan
 
Sehingga kini, senarai agensi yang menawarkan aplikasi mobil myPay kepada orang ramai adalah seperti berikut:
 
Pusat Pungutan Zakat - Wilayah Persekutuan
Aplikasi bijak untuk pembayaran zakat yang mudah bagi peralatan mudah alih. Ciri-ciri:
• Kalkulator Ez
• Pembayaran secara terus melalui akaun bank
• Penyata bayaran
• Saluran maklum balas / aduan
 
 
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Ianya mudah digunakan! Kini anda boleh menyemak dan membuat pembayaran untuk kompaun dan cukai MBMB dengan mudah melalui peranti pintar anda. Hanya klik myPay MBMB.
 
 
 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Ianya mudah digunakan! Kini anda boleh menyemak dan membuat pembayaran untuk kompaun DBKL dengan mudah melalui peranti pintar anda. Hanya klik myPay DBKL.
 
 
Majlis Perbandaran Subang Jaya
Penduduk – penduduk Subang Jaya kini boleh membuat bayaran kompaun letak kereta dan cukai taksiran hanya dengan satu sentuhan pada aplikasi myPAY MPSJ. Tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter atau bersesak ke kaunter MPSJ untuk membuat pembayaran. Anda juga boleh membuat aduan. Kini kaunter MPSJ di dalam genggaman anda.
 
 
National Institute Of Occupational Safety & Health
Ianya mudah digunakan! Kini anda boleh membuat pembayaran latihan kursus dengan hanya menggunakakn no rujukan dengan mudah melalui peranti pintar anda. Hanya klik myPay NIOSH.
 
 
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Pembayaran balik pinjaman dan pembiayaan PTPTN kini dipermudah. Anda boleh membuat bayaran balik kepada PTPTN menggunakan telefon pintar serta tablet anda dari keselesaan rumah anda sendiri. Kini tiada lagi alasan untuk tidak membayar. Anda juga boleh memilih untuk menambahkan deposit anda di akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) tanpa perlu ke kaunter bank atau ATM. Hanya dengan myPay PTPTN.
 
 
myMBPJ
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Semakan dan melaksanakan pembayaran bagi cukai taksiran, kompaun pelbagai, lesen, sewa, tempahan, bil pelbagai, bil potong rumput dan bayaran deposit tanpa memerlukan bil/penyata fizikal.
 
Rantaian Kehadapan 
Pelaksanaan perkhidmatan pembayaran secara elektronik myPax membuktikan bahawa kerajaan sentiasa menerokai teknologi terkini bagi menyokong perkhidmatan digital terkini demi memastikan keperluan rakyat dipenuhi dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan berkelas dunia.