×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

KIOS INTERAKTIF

Pengenalan
Kios adalah sebuah alat/media yang digunakan sebagai media untuk menyampaikan informasi, transaksi, promosi, internet, ticketing, juke box, dan lain sebagainya. Umumnya berbentuk seperti mesin ATM (Anjungan Tunai Mandiri), para pengguna yang hendak mencari informasi dapat menyentuhkan jarinya pada layarnya tersebut atau menggunakan mouse untuk melihat informasi yang ada didalamnya.

Pemahaman dari segi teknologi adalah peralatan sistem maklumat awam yang direka untuk pelbagai tujuan memberikan info berkaitan atau perkhidmatan di mana KIOS tersebut ditempatkan berdasarkan usia, jantina, latar belakang budaya, tahap pemahaman dan pendidikan dan keterbatasan fizikal yang berbeza. Antara tempat di mana KIOS boleh kelihatan tentunya di kawasan-kawasan umum seperti lapangan terbang, lobi hotel, sekolah, universiti, kompleks membeli belah dan lain-lain. Rekabentuk KIOS adalah berbeza mengikut kehendak atau kreativiti.

Sistem kios yang berjaya adalah bergantung kepada kandungan yang sesuai dengan tempat, perkhidmatan yang ditawarkan sesuai dengan keperluan awam, daya tarikan atau attractiveness dari antara muka pengguna yang digunakan (aspek rekabentuk komunikasi visual). Lagi mudah maklumat yang sedia boleh diakses oleh pengguna dan berapa jelas sistem tersebut difahami oleh pengguna (aspek accessibility dan aspek human cognitive system - computer interaction) maka kios tersebut dikira sebagai berjaya.

Latar belakang
Dahulunya kios hanya menyediakan informasi satu hala kepada pengguna secara layan diri, kini kios mampu menawarkan perkhidmatan yang lebih interaktif dan responsif.

Antara Projek Kios Kerajaan
E-link Kiosk Awam Malaysia merupakan kios awam yang pertama yang dilancarkan pada tahun 1997 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. E-link Kiosk Awam Malaysia bertindak sebagai sebuah pusat setempat dengan fungsi sentuh skrin yang mudah bagi membolehkan  pengguna  mendapatkan maklumat terkini. Selain itu pengguna juga boleh membuat transaksi pembayaran terus-menerus dengan pangkalan data kerajaan dengan cepat dan mudah.
Pemasangan Kios Interaktif di Jalan Station, Johor Bahru bakal memudahkan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berhubung kejadian jenayah yang berlaku di pusat bandar raya tersebut kepada pihak berkuasa. Kios tersebut turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan rakaman pengaduan akan diterima pusat panggilan Polis Johor sebelum tindakan susulan dibuat anggota polis yang bertugas berdekatan lokasi kejadian.
Kios Informasi 1Malaysia merupakan sebahagian dari inisiatif Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang menjadi pusat maklumat setempat. Kios ini menggabungkan informasi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai kementerian/agensi kerajaan. Terdapat 5 kios informasi yang ditempatkan di RTC dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:


1. Kiosk KKLW : Memberi maklumat Infodesa dan agensi-agensi KKLW.
2. Kiosk Jobs Malaysia : Menawarkan perkhidmatan peluang pekerjaan dan peluang majikan mendapatkan pekerja.
3. Kiosk Pusat Pembangunan Perniagaan Agri-Makanan : Membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat pembangunan komuniti perniagaan makanan pertanian.
4. Kiosk KPDNKK : Pengguna boleh berbincang menerusi forum interaktif isu-isu kepenggunaan. Misalnya forum harga semasa Pricewatch dan perkhidmatan aplikasi SMS pengguna.
5. Kiosk MyEG :  Mendapatkan pelbagai maklumat agensi awam.


Sehingga kini, 5 Kios Informasi 1Malaysia ini telah ditempatkan di bangunan pengurusan RTC Gopeng bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat-maklumat yang ditawarkan. Kiosk Maklumat Perancangan yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar, DBKL menawarkan perkhidmatan permohonan kelulusan perancangan dan kelulusan pelan bangunan serta maklumat kawalan pembangunan dan peta interaktif Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kiosk KWSP menawarkan perkhidmatan kepada ahli dan juga majikan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Kiosk KWSP adalah seperti berikut :

Ahli

Employer

  1. Permohonan pengeluaran melalui e-Pengeluaran
  1. Perkhidmatan e-Caruman

       Klik di sini untuk mendapatkan Panduan            Ringkas.

  1. Semak penyata KWSP
  1. Perkhidmatan e-CTML

       Klik di sini untuk mendapatkan Panduan            Ringkas.

  1. Semak status dan sejarah pengeluaran
  1. Menyemak nombor KWSP pekerja
  1. Semak maklumat penamaan
  1. Mendaftar ahli baru KWSP
  1. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  1. Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan
  1. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  1. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  1. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  1. Menyemak log aktiviti i-Akaun
  1. Menyemak log aktiviti i-Akaun

Klik di sini untuk mendapatkan Panduan Ringkas.

e-KIOSK Kerajaan Negeri Sarawak : Kerajaan Negeri Sarawak melancarkan e-Kiosk sebagai satu saluran baru sebagai pemudah cara untuk orang awam mendapatkan perkhidmatan atau maklumat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri secara bersepadu.
Ia adalah salah satu inisiatif di bawah konsep One Government at Your Service yang memberi penekanan dan keprihatinan terhadap aspek penyampaian perkhidmatan yang mesra pelanggan.
Kemudahan e-Kiosk Kerajaan Negeri Sarawak yang pertama terletak di Plaza Merdeka, Kuching dan mula beroperasi pada 14 Disember 2013