×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Portal MalaysiaBiz

Apakah Itu Portal MalaysiaBiz?

Malaysia telah membangunkan satu portal setempat yang menyediakan maklumat pendaftaran dan pelesenan perniagaan bagi memudahkan komuniti perniagaan dalam urusan memulakan perniagaan yang dikenali sebagai MalaysiaBiz. Di bawah Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana 2012-2020 inisiatif ini telah diterajui oleh MAMPU, melalui pelaksanaan Program Berimpak Tinggi 1 Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME HIP1),  dengan kerjasama strategik bersama Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM). Sebelum wujudnya portal MalaysiaBiz, komuniti perniagaan perlu mendapatkan maklumat pendaftaran dan perlesenan perniagaan dari pelbagai portal agensi yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Kini mereka boleh mendapatkan maklumat tersebut di Portal MalaysiaBiz.

Apakah Fungsi Portal MalaysiaBiz?

Melalui Portal MalaysiaBiz, maklumat berkaitan 1,174 aktiviti perniagaan seperti badan-badan pendaftar perniagaan, keperluan mendaftar perniagaan dan jenis perniagaan yang boleh didaftarkan dapat dicapai dengan mudah melalui satu portal sahaja. Maklumat tersebut adalah berdasarkan Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008 (MSIC 2008) dan telah disediakan secara horizontal dengan merentasi pelbagai Pihak Berkuasa Melesen (PBM) diperingkat persekutuan, negeri dan PBT.


Bagaimanakah Carian Maklumat Pendaftaran dan Pelesenan Boleh dilakukan di Portal MalaysiaBiz?

Gambarajah berikut menunjukkan langkah-langkah untuk membuat carian maklumat pendaftaran dan pelesenan di Portal MalaysiaBiz.

 

 

 

Untuk Maklumat Lanjut:

SME Corporation Malaysia (SME Corp.)
Level 6, SME 1, Block B,
Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR

General Line : 03-2775 6000
Fax Line : 03-2775 6001
Info Line 1-300-30-6000
Email : info@smecorp.gov.my

 

Pautan Kepada Halaman Yang Spesifik

https://malaysiabiz.gov.my/index.html