×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Projek 1NITA

Apakah itu Projek 1nita ?

Projek 1nita adalah satu platform e-perniagaan yang dibangunkan khusus untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang diterajui dan dipimpin oleh usahawan wanita bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka dalam ICT di samping menyediakan mereka dengan platform untuk menjalankan perniagaan online.  

Inisiatif 1nita juga adalah satu pendekatan berinovasi untuk usahawan wanita bukan sahaja berniaga secara dalam talian, malah dapat memperluaskan jangkauan pasaran produk dan perkhidmatan mereka.


Apakah objektif Projek 1nita ?

Objektif utama projek ini adalah seperti berikut;

• Untuk memperkasakan IKS yang diterajui wanita melalui perkembangan teknologi dan menyertai ekonomi dan pasaran global ke arah meningkatkan potensi dan hasil perniagaan.

• Untuk membantu perniagaan milik wanita memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran yang lebih besar mereka serta memperluaskan capaian pelanggan.

• Untuk membolehkan IKS yang diterajui wanita menyumbang dalam mencapai aspirasi strategi ekonomi negara seperti yang dibayangkan di bawah pakej rangsangan ekonomi kedua yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

• Untuk memberi kemahiran dan pengetahuan untuk membina perniagaan dalam talian yang berjaya melalui latihan dan bengkel. 

• Untuk membina sebuah komuniti usahawan wanita yang mempunyai sokongan padu dan mengembangkan inisiatif 1nita melalui rangkaian, latihan dan bantuan bersama.

• Untuk mewujudkan tukaran e-pasaran wanita yang mantap untuk menggalakkan peluang e-dagang yang menguntungkan di kalangan usahawan wanita Malaysia


Apakah manfaat Projek 1nita ?

Dengan menyertai Projek 1nita, usahawan wanita akan menikmati faedah-faedah berikut:

• Sesi latihan dan bengkel

• Kecekapan untuk membangunkan laman sesawang, memuat naik dan mengemas kini kandungan dan transaksi dalam talian

• Mempunyai laman sesawang yang mantap dengan kandungan seperti profil syarikat, produk dan perkhidmatannya

• Mendapat faedah yang boleh diukur dari kehadiran web dalam masa setahun selepas program

• Mempunyai URL .my untuk identiti syarikat yang unik 


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Perkongsian pengetahuan dan latihan adalah faktor kejayaan Projek 1nita, dan yang lebih penting ia menjadi asas kepada  peserta untuk mencapai hasil perniagaan yang optima. Maka, .my Domain REGISTRY menganjur dan menyelia beberapa siri bengkel dan seminar untuk tujuan tersebut. Selain itu, tujuannya adalah seperti berikut; 

• Untuk memupuk usahawan wanita supaya berdaya saing dan mahir berkenaan transaksi e-dagang

• Untuk melatih dan menyalurkan pengetahuan berkaitan pemasaran Internet, pembangunan laman sesawang menggunakan alat pemasaran dalam talian dan penyelenggaraan laman sesawang

• Untuk membiasakan usahawan wanita dengan manfaat optimum daripada platform 1nita Projek


Pautan kepada halaman yang spesifik

https://www.1nita.my/index.php