×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Get Malaysia Business Online (GMBO)

Apakah itu Program GMBO?

Program GMBO adalah inisiatif untuk membangunkan satu persekitaran yang berdaya saing di dalam pasaran untuk membantu menggalakkan sektor industri kecil dan sederhana (SME) di Malaysia. Ia telah direalisasikan dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), MyNIC, Google dan iTrain.

 

Apakah Matlamat Program GMBO?

Program GMBO adalah untuk memperluaskan perniagaan secara dalam talian di dalam dan luar negara dan bukan hanya tertumpu kepada pasaran tempatan. Selain memudahkan urusan perniagaan, program ini juga dijangka dapat memberi kemudahan kepada semua peringkat seperti ahli perniagaan, pelanggan, ekonomi tempatan, pengguna dan secara tidak langsung kepada negara.

Apakah Objektif GMBO?
 
Objektif GMBO adalah seperti berikut: 
 
• Menggalakkan industri dalam menjalankan perniagaan secara di dalam talian;
• Mengajak sektor industri kecil dan sederhana di Malaysia untuk berniaga secara di dalam talian kerana percaya akan kehebatan internet dalam memperluaskan pasaran perniagaan mereka; dan
 
Menerapkan pemahaman mendalam terhadap kepentingan internet masa kini yang merupakan antara cara terbaik untuk membantu peningkatan ekonomi di Malaysia.
 
Bagaimana untuk Menyertai Program GMBO ini?

Peniaga perlu mendaftar untuk menyertai program ini, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil;

Langkah 1:
Peniaga perlu mempunyai akaun Google untuk memulakan program ini (log masuk menggunakan akaun Yahoo atau Hotmail juga dibenarkan)

Langkah 2:
Cipta satu laman sesawang untuk mempromosikan perniagaan yang akan dijalankan

Langkah 3:
Peniaga perlu memastikan kriteria berikut dipenuhi;
• Tema yang besesuaian
• Isi kandungan untuk muka hadapan laman sesawang
• Tambah keterangan produk dan/ atau servis yang berkaitan
• Pilih dan daftar alamat laman sesawang
• Sebarkan laman sesawang di internet


 

Pautan Kepada Halaman Yang Spesifik

http://www.getmybusinessonline.com.my/
http://www.skmm.gov.my/Mobile/Tools/ViewMobile.aspx?datapath=/Media/Events/MCMC/Get-Malaysian-Business-Online-(GMBO)&classname=SKMM.CustomArticles