×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Program Susu 1Malaysia

Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah, PSS) telah dimulakan sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah. Pada 9 Julai 2010 program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu 1Malaysia (PS1M).

Objektif

Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu/ sentiasa minum susu.

 

Maklumat lanjut Program Susu 1Malaysia dan Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia