×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pusat Internet Desa (PID)

Apakah Itu PID?

PID adalah satu inisiatif penubuhan telecenter di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Sebanyak empat puluh dua (42) PID telah dibangunkan dengan kerjasama POS Malaysia Berhad dan terletak bersebelahan pejabat POS yang terpilih serta menjadi satu tempat tumpuan ramai.

Apakah Matlamat Penubuhan PID?

Matlamat utama penubuhan PID bertujuan untuk memperkasa komuniti dan merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kementerian. Disamping itu, Visi, Misi dan Objektif penubuhan adalah seperti berikut;

Objektif

  • Merapatkan masyarakat dengan informasi, komunikasi dan teknologi.
  • Memaksimakan jaringan penyebaran maklumat tanpa sempadan.
  • Memaksima dan membudayakan penggunaan teknologi untuk meningkatkan taraf hidup.
  • Membekalkan kemudahan dan maklumat ICT.
  • Berusaha ke arah kelestarian.

Apakah Perkhidmatan yang ditawarkan di PID?

PID menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti internet, latihan asas ICT, pembangunan web, blog dan lain-lain. Selain itu peranan PID juga ditambah dengan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat seperti bengkel, seminar dan juga karnival-karnival pembangunan komuniti dan juga usahawan. Selain itu, PID juga mewujudkan satu Inkubator Usahawan dan NGO (Badan Bukan Kerajaan) dengan menyediakan ruangan pejabat dan khidmat pengkeranian untuk memudahkan komuniti desa mengerakkan ekonomi dan sosial setempat. Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan disini adalah seperti berikut;  disampaikan semasa pengoperasian PID.

Khidmat Nasihat dan Latihan ICT secara ‘hands-on'
• Kelas komputer
• Penggunaan komputer dan internet
• Konsultasi berkenaan komputer dan perisian
• Konsultasi berkenaan penggunaan aplikasi internet seperti e-kerajaan,
• e-pembelajaran dan e-dagang
• Perkhidmatan mencetak, mengimbas dan lain-lain
• Sewaan kamera digital
• Penjualan peralatan komputer
• Menyediakan persembahan multimedia dan laman web
• Perkhidmatan fotografi dan video di majlis-majlis tertentu
• Pembuatan videografi (editing)  dan penyalinan CD
• Perkhidmatan e-pay
• Perkhidmatan fax

Perkhidmatan Tambahan (Aplikasi Internet)
• Semakan Saman Trafik dan JPJ
• Muat turun borang-borang kerajaan
• Permohonan UPU / Politeknik / Maktab- online
• Mengisi borang SPA
• Mencari pekerjaan melalui Bursa Buruh Elektronik
• Maklumat tender kerajaan
• Maklumat-maklumat jabatan kerajaan.
• Pendaftaran dan pembaharuan Lesen Perniagaan (SSM)
• Pendaftaran dan pembaharuan Lesen Kewangan (MOF)
• Maklumat e-Perbankan, e-Dagang, e-Pembelajaran, e-Perolehan dan e-Kerajaan.

Dimanakah Lokasi PID?

Untuk mendapatkan lokasi PID diseluruh negara, sila buat capaian pada pautan berikut;

https://internetdesa.org/about/direktori-pid/
https://internetdesa.org/direktori-pid/

 

Rantaian Kehadapan

Merapatkan jurang digital serta meningkatkan daya saing negara bagi mencapai matlamat wawasan dan gagasan Malaysia.
 

Untuk Maklumat Lanjut:

PUSAT INTERNET DESA
Aras 30, Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya, Putrajaya
Tel : 03-8911 5769
e-Mail : pid.malaysian@gmail.com
Fax : 03-8911 5765

Pautan Kepada Halaman yang Spesifik

https://internetdesa.org/
https://internetdesa.org/about/direktori-pid/
https://internetdesa.org/direktori-pid/