×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Miskin Tegar

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN YANG DISEDIAKAN KHUSUS UNTUK GOLONGAN RENTAN ATAU VULNERABLE GROUPS

Apakah Golongan Rentan?


Merujuk kepada United Nation Electronic Government Development Index Survey (UNEG-DI), Golongan rentan atau vulnerable groups terdiri daripada Wanita, Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Miskin, Belia, Pelarian atau Imigran.

Apakah Perkhidmatan Yang Ditawarkan kepada Golongan Rentan?


Kerajaan telah membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan yang khusus kepada golongan rentan. Perkhidmatan yang ditawarkan melibatkan beberapa kementerian antaranya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Manusia (MOHR), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA).

Miskin Tegar

Akta Orang Papa 1977 telah mengariskan definasi orang papa adalah seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu ataupun hingga mengadakan kacauganggu atau seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam sama ada atau tidak ia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal. Perkhidmatan yang disediakan adalah di bawah KPWKM dan agensi di bawahnya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kerajaan telah menubuhkan Desa Bina Diri (DBD) dalam memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada pengemis dan orang papa. Malaysia juga telah membangunkan satu Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima. Maklumat lanjut boleh dilayari di eKASIH.

Senarai Borang (Muat Turun)

Selain perkhidmatan secara dalam talian, borang-borang boleh dimuat turun melalui Kementerian-kementerian berkaitan.
•    Borang Permohonan Masuk Secara Sukarela ke Rumah Kebajikan (Orang Tua)
•    Wasiat
•    Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
•    JKM 18 - Borang Permohonan Bantuan Kewangan
•    JKM 20 - Borang Semakan Semula Bantuan Kewangan
•   Borang Permohonan Masuk Secara Sukarela ke Rumah Kebajikan (Orang Papa)

Rujukan yang berkaitan
http://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=portal/more&tab=tab1
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
http://www.jakoa.gov.my/
http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/