×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Orang Kurang Upaya

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN YANG DISEDIAKAN KHUSUS UNTUK GOLONGAN RENTAN ATAU VULNERABLE GROUPS

Apakah Golongan Rentan?


Merujuk kepada United Nation Electronic Government Development Index Survey (UNEG-DI), Golongan rentan atau vulnerable groups terdiri daripada Wanita, Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Miskin, Belia, Pelarian atau Imigran.

Apakah Perkhidmatan Yang Ditawarkan kepada Golongan Rentan?


Kerajaan telah membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan yang khusus kepada golongan rentan. Perkhidmatan yang ditawarkan melibatkan beberapa kementerian antaranya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Manusia (MOHR), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA).

Orang Kurang Upaya

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam  masyarakat". Kerajaan tidak meminggirkan golongan OKU malah turut menyediakan perkhidmatan untuk golongan ini. Terdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU iaitu:

  • Kurang Upaya Pendengaran
  • Kurang Upaya Penglihatan
  • Kurang Upaya Pertuturan
  • Kurang Upaya Fizikal
  • Masalah Pembelajaran
  • Kurang Upaya Mental
  • Pelbagai  (Multiple Disabilities)

Antara Kementerian dan agensi yang menawarkan perkhidmatan adalah di bawah KPWKM dan agensi di bawahnya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Perkhidmatan lain juga disediakan oleh MOHR. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan antaranya pendaftaran OKU, job coach, disability equality training (DET), permohonan dan semakan pendaftaran OKU dan penempatan OKU.

•    Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
•    Kemudahan dan Keistimewaan OKU
•    Majlis Kebangsaan Bagi OKU
•    Job Coach
•    Disability Equality Training (DET)
•    Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
•    Permohonan/Semakan Pendaftaran OKU
•    Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya(SPOKU)

Senarai Borang (Muat Turun)

Selain perkhidmatan secara dalam talian, borang-borang boleh dimuat turun melalui Kementerian-kementerian berkaitan.
•    Borang Permohonan Masuk Secara Sukarela ke Rumah Kebajikan (Orang Tua)
•    Wasiat
•    Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
•    JKM 18 - Borang Permohonan Bantuan Kewangan
•    JKM 20 - Borang Semakan Semula Bantuan Kewangan
•   Borang Permohonan Masuk Secara Sukarela ke Rumah Kebajikan (Orang Papa)

Rujukan yang berkaitan
http://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=portal/more&tab=tab1
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
http://www.jakoa.gov.my/
http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/