×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Warga Emas

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN YANG DISEDIAKAN KHUSUS UNTUK GOLONGAN RENTAN ATAU VULNERABLE GROUPS

Apakah Golongan Rentan?


Merujuk kepada United Nation Electronic Government Development Index Survey (UNEG-DI), Golongan rentan atau vulnerable groups terdiri daripada Wanita, Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Miskin, Belia, Pelarian atau Imigran.

Apakah Perkhidmatan Yang Ditawarkan kepada Golongan Rentan?


Kerajaan telah membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan yang khusus kepada golongan rentan. Perkhidmatan yang ditawarkan melibatkan beberapa kementerian antaranya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Manusia (MOHR), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA).

Warga Emas

Warga emas ditakrifkan individu yang berumur 60 tahun dan ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di World Assembly On Ageing 1982 di Vienna. Perkhidmatan yang disediakan adalah di bawah KPWKM dan agensi di bawahnya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Di antara perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini adalah bantuan kewangan, pusat aktiviti warga emas dan program penyayang warga emas.
•    Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help)
•    Perkhidmatan Respite Care Di Rumah Seri Kenangan Cheras
•    Pusat Aktiviti Warga Emas
•    Unit Penyayang Warga Emas

Kerajaan Malaysia turut menyediakan perkhidmatan dalam talian kepada kakitangan Kerajaan selepas persaraan melalui http://www.jpapencen.gov.my/. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah :
•    Cetakan Penyata Pencen
•    Pemakluman Pembayaran
•    Faedah Persaraan
•    Semakan Bayaran Bantuan
•    Mengurus Jenazah
•    Semakan Kelayakan
•    Perubatan eMASS
•    Semakan Pemberian
•    Taraf Berpencen
•    Cetakan Surat Persaraan Pilihan
•    Semak Status Prosesan
•    Persaraan Wajib / Pilihan
Perkhidmatan ini juga boleh dimuatturun melalui aplikasi mudah alih (mobile apps) di http://apps.jpapencen.gov.my/  

Senarai Borang (Muat Turun)

Selain perkhidmatan secara dalam talian, borang-borang boleh dimuat turun melalui Kementerian-kementerian berkaitan.
•    Borang Permohonan Masuk Secara Sukarela ke Rumah Kebajikan (Orang Tua)
•    Wasiat
•    Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
•    JKM 18 - Borang Permohonan Bantuan Kewangan
•    JKM 20 - Borang Semakan Semula Bantuan Kewangan
•    Borang Permohonan Masuk Secara Sukarela ke Rumah Kebajikan (Orang Papa)

Rujukan yang berkaitan
http://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=portal/more&tab=tab1
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
http://www.jakoa.gov.my/
http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/