×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Imigran

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN YANG DISEDIAKAN KHUSUS UNTUK GOLONGAN RENTAN ATAU VULNERABLE GROUPS

Apakah Golongan Rentan?


Merujuk kepada United Nation Electronic Government Development Index Survey (UNEG-DI), Golongan rentan atau vulnerable groups terdiri daripada Wanita, Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Miskin, Belia, Pelarian atau Imigran.

Apakah Perkhidmatan Yang Ditawarkan kepada Golongan Rentan?


Kerajaan telah membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan yang khusus kepada golongan rentan. Perkhidmatan yang ditawarkan melibatkan beberapa kementerian antaranya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Manusia (MOHR), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA).

Imigran

Kerajaan Malaysia telah menawarkan program Malaysia Rumah Kedua bagi membenarkan warga asing yang memenuhi kriteria tertentu, untuk tinggal di Malaysia untuk seberapa lama yang boleh pada pelbagai kemasukan pas lawatan sosial. Antara perkhidmatan yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti berikut:
•    Permohonan untuk belajar
•    Permohonan pembelian kereta
•    Permohonan pembelian rumah

Selain itu, Malaysia melalui Kementerian Sumber Manusia telah membangunkan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx). Sistem ini merupakan satu sistem permohonan dan pengurusan pekerja asing di Semenanjung Malaysia. Sistem ini menyediakan kemudahan menyimpan maklumat yang mempunyai nilai ilmu pengetahuan yang tinggi. Kemudahan carian dan capaian maklumat disediakan untuk pengguna sebagai bahan rujukan dan bacaan.

Senarai Borang (Muat Turun)

Selain perkhidmatan secara dalam talian, borang-borang boleh dimuat turun melalui Kementerian-kementerian berkaitan.
•    Borang Permohonan Masuk Secara Sukarela ke Rumah Kebajikan (Orang Tua)
•    Wasiat
•    Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
•    JKM 18 - Borang Permohonan Bantuan Kewangan
•    JKM 20 - Borang Semakan Semula Bantuan Kewangan
•   Borang Permohonan Masuk Secara Sukarela ke Rumah Kebajikan (Orang Papa)

Rujukan yang berkaitan
http://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=portal/more&tab=tab1
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
http://www.jakoa.gov.my/
http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/