×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Wanita

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN YANG DISEDIAKAN KHUSUS UNTUK GOLONGAN RENTAN ATAU VULNERABLE GROUPS

Apakah Golongan Rentan?


Merujuk kepada United Nation Electronic Government Development Index Survey (UNEG-DI), Golongan rentan atau vulnerable groups terdiri daripada Wanita, Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Miskin, Belia, Pelarian atau Imigran.

Apakah Perkhidmatan Yang Ditawarkan kepada Golongan Rentan?


Kerajaan telah membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan yang khusus kepada golongan rentan. Perkhidmatan yang ditawarkan melibatkan beberapa kementerian antaranya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Manusia (MOHR), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA).

Wanita

Pelbagai perkhidmatan yang telah disediakan kepada golongan Wanita khususnya di bawah KPWKM dan agensi di bawahnya seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah skim bantuan kewangan bagi ibu tunggal, klinik sudfertiliti, mamogram dan pendaftaran bagi ibu tunggal. Kerajaan juga menyediakan program bantuan rumah dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Maklumat lanjut bagi semua program tersebut boleh dilayari mengikut hiperrangkai dibawah :
•    Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan Ibu Tunggal
•    Perkhidmatan Klinikal Subfertiliti LPPKN
•    Portal eMamogram
•    Pendaftaran Ibu Tunggal
•    Penjagaan Ibu selepas bersalin
•    Program Bantuan Rumah

Senarai Borang (Muat Turun)

Selain perkhidmatan secara dalam talian, borang-borang boleh dimuat turun melalui Kementerian-kementerian berkaitan.
•    Borang Permohonan Masuk Secara Sukarela ke Rumah Kebajikan (Orang Tua)
•    Wasiat
•    Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
•    JKM 18 - Borang Permohonan Bantuan Kewangan
•    JKM 20 - Borang Semakan Semula Bantuan Kewangan
•   Borang Permohonan Masuk Secara Sukarela ke Rumah Kebajikan (Orang Papa)

Rujukan yang berkaitan
http://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=portal/more&tab=tab1
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
http://www.jakoa.gov.my/
http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/