×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Belia

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN YANG DISEDIAKAN KHUSUS UNTUK GOLONGAN RENTAN ATAU VULNERABLE GROUPS

Apakah Golongan Rentan?


Merujuk kepada United Nation Electronic Government Development Index Survey (UNEG-DI), Golongan rentan atau vulnerable groups terdiri daripada Wanita, Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Miskin, Belia, Pelarian atau Imigran.

Apakah Perkhidmatan Yang Ditawarkan kepada Golongan Rentan?


Kerajaan telah membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan yang khusus kepada golongan rentan. Perkhidmatan yang ditawarkan melibatkan beberapa kementerian antaranya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Manusia (MOHR), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA).

Belia

Perkhidmatan yang disediakan adalah di bawah KBS. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan antaranya pendaftaran profil belia, pengurusan pertubuhan belia, pengurusan ahli parlimen belia, bank idea belia dan usahawan belia.
•    Sistem Pendaftaran Profil Belia
•    Pengurusan Pertubuhan Belia
•    Sistem Bank Idea Belia
•    Portal Usahawan Belia

Selain daripada perkhidmatan yang disediakan di bawah KBS, iM4U telah diperkenalkan sebagai pemangkin yang memberi kuasa dan membina belia yang berdaya tahan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik, tidak konvensional dan berinspirasi. iM4U bertujuan untuk membina masyarakat mampan dan kukuh dengan kesan ekonomi serta memupuk kelahiran pemimpin negara pada masa datang. Maklumat lanjut berhubung iM4u boleh dilayari di http://www.im4u.my/home

Senarai Borang (Muat Turun)

Selain perkhidmatan secara dalam talian, borang-borang boleh dimuat turun melalui Kementerian-kementerian berkaitan.
•    Borang Permohonan Masuk Secara Sukarela ke Rumah Kebajikan (Orang Tua)
•    Wasiat
•    Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
•    JKM 18 - Borang Permohonan Bantuan Kewangan
•    JKM 20 - Borang Semakan Semula Bantuan Kewangan
•   Borang Permohonan Masuk Secara Sukarela ke Rumah Kebajikan (Orang Papa)

Rujukan yang berkaitan
http://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=portal/more&tab=tab1
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
http://www.jakoa.gov.my/
http://www.mm2h.gov.my/index.php/en/