×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR)

Pengenalan
 
Selaras dengan aspirasi RMKe-11 kerajaan sangat komited dalam mentransformasikan perkhidmatan awam supaya lebih berpaksikan rakyat dan menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan tahap kepuasan pelanggan, tahap kecekapan serta mengurangkan kos. Berikutan perkembangan teknologi yang pesat serta permintaan rakyat yang lebih sofistikated, Kerajaan Digital menjadi agenda penting kepada Negara. Bagi menyokong agenda ini kemahiran dan kompetensi digital di dalam sektor awam perlu dipertingkatkan dan diperkasakan.
 
Latar belakang
 
Pada 1 Disember 2015, Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Aplikasi Perdana MSC Malaysia (FCC) yang dipengerusikan bersama oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC telah meluluskan Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) dan pendekatan konseptual dalam pembangunan Rangka Kerja DGCCR. Inisiatif DGCCR ini akan membantu dalam mengenalpasti perkara berikut:
  1. Keupayaan yang diperlukan oleh penjawat awam merentas multi-disiplin dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat;
  2. Laluan kerjaya baharu dan program pembangunan kompetensi yang diperlukan untuk menyokong perkhidmatan digital;
  3. Program pengurusan perubahan yang diperlukan untuk menyokong pembudayaan perkhidmatan digital; dan
  4. Ketersediaan kompetensi dan keupayaan penjawat awam di peringkat Kementerian/Agensi dan Negara di era Kerajaan Digital (Digital Government).
 
Program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2016 adalah seperti berikut:
  1. Bengkel Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam. 
  2. Sesi libat urus bersama agensi rintis iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
  3. Pelancaran DGCCR  
  4. Program Profiling  and Talent for Digital Government
  5. Bengkel Service Design untuk DGCCR Sektor Awam 
  6. Seminar Data Science Interest Group (DSIG)
 
Mengapa DGCCR dibangunkan?
 
DGCCR dibangunkan bagi mengatasi kekurangan kakitangan yang berkompetensi dan berkemahiran dalam menerajui Kerajaan Digital yang memberikan perkhidmatan digital berimpak tinggi serta berpaksikan rakyat. 
 
Apakah Objektif DGCCR?
 
Objektif DGCCR adalah mengenalpasti: 
  1. Keupayaan yang diperlukan oleh penjawat awam merentas disiplin dan gred dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat;
  2. Pengetahuan dan kemahiran baharu serta program pembangunan kompetensi yang diperlukan untuk menyokong perkhidmatan digital;
  3. Program pengurusan perubahan yang diperlukan untuk menyokong pembudayaan perkhidmatan digital; dan
  4. Tahap ketersediaan kompetensi dan keupayaan penjawat awam di peringkat Kementerian/Agensi dan Negara di era Kerajaan Digital.
 
Bagi mencapai visi misi DGCCR, komponen yang terlibat divisualkan melalui Konsep Pendekatan Pelaksanaan DGCCR seperti di Rajah 1 berikut.   
 
 
Rajah 1
 
Apakah Impak yang diperolehi daripada Program DGCCR?
 
Impak dari program yang telah dilaksanakan pada tahun 2016 adalah seperti berikut:
  1. Peningkatan kesedaran tentang kepentingan set kompetensi dan kemahiran yang sama dan selaras di semua peringkat dan skim perjawatan.
  2. Peluasan kerjasama dan kolaborasi daripada pelbagai agensi rintis. 
  3. Peneraju Kerajaan Digital yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan.
 
Rantaian Kehadapan
 
Program yang telah dirancang bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:-
  1. Pelaksanaan Kajian Pembangunan Rangka Kerja Digital Government Competency And Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam
  2. Data Science Interest Group (DSIG) Siri 1 dan Siri 2 Tahun 2017
  3. Digital Government Champions Competency Enhancement Programme 
  4. Melatih 200 orang Digital Champions di kalangan agensi rintis.