×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pendaftaran Fail Cukai

Siapa perlu mendaftar fail cukai?

Pendaftaran fail cukai syarikat merupakan tanggungjawab individu yang mengurus dan mengendalikan urusan percukaian syarikat.

Sekiranya sesebuah syarikat telah memulakan operasi perniagaannya, maka syarikat perlu mengemukakan permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan. Jika fail syarikat telah didaftarkan, maka pendaftaran Fail Majikan (E) juga perlu didaftarkan walaupun syarikat tersebut adalah dorman (rujuk Program Pemfailan Borang bagi Tahun 2015).

Cara Membuat Pendaftaran Fail

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau di mana-mana cawangan LHDNM.

Dokumen Pendaftaran

Sila kemukakan bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai dokumen-dokumen berikut ;

  1. Dua (2) salinan Borang 9 – Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian yang disahkan

  2. Dua (2) salinan Borang 49 – nama dan alamat pengarah-pengarah sekarang yang disahkan

  3. Dua (2) salinan Borang 24 – senarai pemegang saham yang disahkan

  4. Dua (2) salinan Borang 13 – pertukaran nama syarikat (jika ada) yang disahkan

Setiap dokumen hendaklah disahkan (asal) oleh Setiausaha syarikat yang bertauliah.

 

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.