×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Provider Based Evaluation (ProBE)

Apakah Itu ProBE?
 
Dalam memastikan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, portal dan laman web yang dibangunkan oleh agensi Kerajaan telah dinilai pada setiap tahun melalui Malaysia Government Portals and Websites Assessments (MGPWA) yang telah bermula pada tahun 2005. Pada tahun 2015, MGPWA telah dijenamakan semula kepada Provider Based Evaluation (ProBE) dengan objektif utama untuk meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan dalam talian. Pada setiap tahun, kriteria ProBE akan ditambah baik dan kriteria penilaian yang perlu dipatuhi akan berubah mengikut keperluan. Penilaian akan dilaksanakan pada bermula Mei sehingga Disember.
 
 
 
Mengapa ProBE Dilaksanakan?
 
 a) Meningkatkan tahap kecekapan pentadbir laman web melalui sistem ProBE.
 b) Membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Penilaian United Nation e-Government Development Index (UNEG-DI).
 c) Memastikan kandungan laman web agensi sentiasa yang terkini.
 
 
Apakah Kriteria ProBE 2016?
 
Pada tahun 2016, sebanyak 47 kriteria perlu dipatuhi oleh setiap laman web agensi Kerajaan. Daripada 47 kriteria tersebut terdapat enam (6) kriteria mandatori yang perlu dipatuhi. Laman web kementerian/agensi akan mendapat penarafan 3 bintang jika semua kriteria mandatori ini tidak dipatuhi walaupun pencapaian keseluruhan mencapai 5 bintang. Kriteria mandatori ProBE 2016 adalah seperti berikut:
 
 a) Loading Time
 b) Downtime
 c) Updated Content
 d) Responsiveness to Enquiries
 e) Mobile Web
 f) Active Hyperlink
 
Sebanyak 676 laman web agensi yang terlibat dalam penilaian ProBE 2016 yang terdiri daripada agensi-agensi di bawah Kementerian dan Pentadbiran Kerajaan Negeri. Laporan ProBE 2016 akan dikeluarkan pada suku kedua tahun 2017.
 
 
Apakah Manfaat Yang Diperolehi?
 
Manfaat yang diperolehi daripada Pelaksanaan ProBE adalah seperti berikut:
a) Tahap kecekapan pentadbir laman web kementerian/agensi meningkat.
b) Ketersediaan maklumat dalam laman web membantu dalam meningkatkan kedudukan Malaysia dalam penarafan UNEG-DI.
c) Memudahkan rakyat untuk mendapatkan maklumat yang terkini.
 
 
Rantaian Kehadapan
 
Pelaksanaan ProBE dapat membantu Malaysia menuju ke arah Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan yang Berpaksikan Rakyat dimana semua maklumat yang diperlukan oleh rakyat dengan cepat dan tepat.     
           
            Graf kedudukan keseluruhan ProBE sejak 2015